Kamis, 26 Januari 2012

PRU 13 : Johor dalam bahaya bagi BN


Salam,

 http://www.umnojb.com.my/johor.gif
Ketika BN berangan-angan ingin merampaskembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universitimembayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNOselepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Duaorang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong danMaharani.

Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masihmenyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undiorang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkaupurata 55 % sahaja. 

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangimajoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar dikebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besarini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampubertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundiCina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempenUMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. 

Kemarahan orang Cina terhadapUMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanyabegitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernahmemberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.


Pengundi India pula tidak banyak berubah ,UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundiIndia boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan partipolitik ini terhadap orang India.   Maksudnya,pengundi India masih 50-50.

Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO diJohor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangangenerasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong  dan Maharani adalah bukti orang Melayuberubah.

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara10 hingga 35 %. Ada kerusi  yang mencapai35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%.  Malah ada yang hanya 10%.

Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR.Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .

Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah, jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleholeh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?

Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup beradadi dalam kedudukan bahaya di  19 kerusiDUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi  Melayu di bawah 50 %.   

19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukupmenjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyakmembantu PR menuju Putrajaya. 

DUN : Pengundi Melayu bawah 50%

1.    Jementah
2.    Tenang
3.    Bekok
4.    Tangkak
5.    Bentayan(DAP)
6.    YongPeng
7.    Pengaram
8.    Layang-Layang
9.    Paloh
10. PuteriWangsa
11. JohorJaya
12. Stulang
13. PangkalanRanting
14. Skudai (DAP)
15. NusaJaya
16. BukitBatu
17. Senai(DAP)
18. Mengkibol(DAP)
19. PekanNanas

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%

1.    Segamat
2.    Labis
3.    Bakri
4.    Tebrau
5.    PasirGudang
6.    GelangPatah
7.    Kulai
8.    Kluang

Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimenmempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidakselesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayudi bawah 55%.
  
28kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusilagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.

DUN : Pengundi Melayu bawah 55%

1.    BuluhKasap
2.    Pemanis
3.    Sg.Abong (PAS)
4.    Maharani(PAS)
5.    Tiram
6.    Permas
7.    Kempas
8.    BukitPermai
9.    Mahkota

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%

1.    Sekijang
2.    Ledang
3.    BatuPahat
4.    SimpangRengam
5.    Sembrong
6.    JohorBahru
7.    Pulai
8.    TanjungPiai

Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimenyang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepadaPR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini. 

PR hanya mampu memerintah Johor  jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundiMelayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudahlebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.

DUN : Pengundi Melayu bawah 60%

1.    Kamelah
2.    Jorak
3.    Gambir
4.    BukitNaning
5.    ParitYani
6.    Sengarang

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%

1.    AyerHitam

Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukanMelayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahanmenghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itutarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor. 

Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahajatidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuatUMNO juga bakal terlepas kepada PR.

Wasalam
Read More >>

Sombong bukan akhlak pemimpin dan ahli jamaah

http://1.bp.blogspot.com/-8_Ay7tG-Afs/TwVHrx0eSjI/AAAAAAAABjA/gaG_UMA-Fcc/s1600/Sombong1.jpg

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). 

Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60). 

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. 

Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. 

Imam Al-Ghazali berkata: “Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud:  Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan

Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian

Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang
Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW
 
“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain
 
Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. 

Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. 

Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. 

Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. 

Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin  Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. 

Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa  dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh  Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. 

Mereka bersikap  sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:
 “Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”

Rasulullah SAW bersabda

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. 

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. 

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. 

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.Ust. Idris Ahmad
Read More >>

Rabu, 25 Januari 2012

Abdullah bin Zubair , pemerintah Hijaz yang syahid

http://2.bp.blogspot.com/-uPoff4iv-FM/TZp_i6uKtDI/AAAAAAAAB0s/4LeR7UM910Y/s1600/Masa%2BKekhalifahan%2BUsman%2BIbn%2BAffan.jpg

Dia adalah orang yang pertama kali lahir setelah Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam hijrah. Ibunya adalah Asma binti Abu Bakar As-Shiddiq, seorang wanita yang bergelar Dzatu al-Nithaqain (si pemilik dua ikat pinggang) dan seorang pahlawan wanita dalam hijrah. Sedangkan ayahnya adalah Zubair bin Awwam, penolong Rasulullah SAW.

Abdullah bin Zubair membesar sebagai yang berani dan pahlawan. Pernah sekali Umar bin Khatthab melalui satu jalan dan anak-anak pun berlari ketakutan, kecuali dirinya. 

Maka, Umar pun bertanya, “Hai nak, mengapa engkau tidak lari seperti mereka?” la menjawab, “Mengapa aku harus Iari. Bukankah jalan ini tidak sempit sehingga aku harus memberikan jalan untukmu dan aku pun tidak berbuat salah?” 

Mendengar jawaban itu Umar bin Khatthab berkata, ”Jika engkau telah besar, ia akan menjadi orang besar.”

Dan, pada kenyataannya, Abdullah bin Zubair kemudian menjadi pemimpin orang-orang yang beriman. la ikut dalam beberapa pertempuran dahsyat padahal ia masih muda. 

Dia tampil dengan keberanian yang luar biasa. la juga ikut dalam penaklukan Afrika, Andalusia dan Kostantinopel.

Dalam peperangan menakluk Afrika, jumlah pasukan kaum Muslimin hanya sekitar 20.000 orang, sedangkan tentara musuh mencapai 100.000 pasukan. 

Abdullah bin Zubair melihat kekuatan musuh terletak pada rajanya. Kerananya, ia berseru kepada pasukannya, “Lindungi aku,” dengan maksud untuk menerobos ke arah raja mereka dan menyerangnya dengan pedang. Kemudian Abdullah berjaya membunuhnya sehingga musuh pun berjaya dikalahkan.

la adalah seorang yang banyak beribadah. Ia juga sering menangis kerana takut kepada Allah. Ibnu Abi Mulaikah menggambarkan Abdullah bin Zubair kepada Umar bin Abdul Aziz sebagai orang yang berjalan di antara dua tepian (dunia dan akhirat) dengan mulia. 

Pada masa hendak melakukan solat, Abdullah bin Zubair pun melupakan segala sesuatu, dan hanya memikirkan solat, sehingga, andaikata burung-burung dara hinggap di punggungnya, pada waktu sedang melakukan solat, maka dia tidak merasakannya. Andaikata ada anak panah meluncur di antara janggut dan dadanya, ia juga tidak akan merasakannya. Dalam solat, ia tidak akan terkejut, apalagi ketakutan kerana sesuatu di luar shalat.”

Ibnu Abbas melukiskan kemuliaan Abdullah dengan mengatakan bahawa Abdullah bin Zubair adalah seorang yang gemar membaca al-Quran, mengikuti sunnah Rasul-Nya, banyak beribadah, dan selalu berpuasa di hari-hari yang sangat panas kerana takut kepada Allah. la adalah putera sahabat karib Rasulullah SAW, ibunya ialah Asma binti AsShiddiq, ibu saudaranya ialah Aisyah, isteri Rasulullah SAW.

la adalah orang yang menolak anarkisme. Dia menolak orang-orang mencaci-maki Usman bin Affan. Dia pernah berkata, “Demi Allah, aku tidak ingin berperang bersama-sama orang-orang yang mencaci-maki Usman.”
 

Abdullah bin Zubair kukuh dalam menghadapi Mu’awiyah dan tidak membaiat Yazid. Tatkala ajal hendak menjemput, Mu`awiyah berkata kepada puteranya, “Sungguh aku tidak khuatirkanmu, kecuali dari empat orang. Husain bin Ali, Abdurahman bin Abu Bakar, tetapi tidak ada yang perlu ditakuti darinya, Abdullah bin Umar, namun ia seorang yang wara’. Adapun orang yang mengelak darimu seperti mengelaknya serigala ialah Abdullah bin Zubair. Kerananya, jika engkau berjaya mengalahkannya cincanglah dia.”
 
Setelah Husain terbunuh dan Yazid bin Mu`awiyah meninggal, Abdullah bin Zubair dapat mendirikan khilafah di Hijaz sehingga Abdul Malik bin Marwan berkuasa sebagai khalifah. Lalu, Abdul Malik mengirim pasukan yang dipimpin oleh seorang yang kejam Hajjaj bin Yusuf ats-Tsagafi untuk menumpaskan Abdullah bin Zubair. 

Hajjaj menghujani Ka’bah dengan panah api dan melukai para penduduk Mekah sehingga mereka pergi meninggalkan Abdullah bin Zubair. Kemudian Abdullah bin Zubair mendatangi ibunya Asma binti Abu Bakar yang kedua matanya telah buta, untuk meminta nasihat darinya. 

Asma, ibunya, menasihatinya agar tetap bertahan sehingga kematian datang menjemput. Asma berkata, “Demi Allah, tebasan sebilah pedang demi kemuliaan adalah jauh lebih balk daripada cambukan sepotong cemeti dalam kehinaan.” 

Abdullah bin Zubair menjawab perkataan ibunya, “Wahai ibuku, aku takut bila mereka telah membunuhku, mereka akan menjadikan jasadku sebagai contoh di tengah-tengah penduduk.” 

Lalu Asma berkata dengan perkataannya yang sangat masyhur, “Adakah kambing yang telah disembelih akan merasakan sakitnya dikuliti?” 

Maka, Abdullah bin Zubair pun lalu pergi menghadapi Hajaj sampai menemui ajalnya sebagai syahid. Setelah itu, Hajjaj bin Yusuf mendatangi Asma binti Abu Bakar menanyakan tentang hajatnya. 

Namun, dengan penuh keberanian Asma menjawab, ‘`Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahwa akan muncul dari bani Tsagif seorang pendusta dan seorang yang kejam. Adapun pendusta itu kami telah mengetahuinya, sedangkan seseorang yang kejam dan sewenang-wenang itu aku tidak menemuinya selain dirimu.” 

Dan setelah puteranya disalib, ia berkata, “Sekarang telah tiba waktunya bagi penunggang kuda yang ulung ini untuk menapak di atas tanah.” 

Maka, orang-orang pun menurunkan Abdullah bin Zubair dan kemudian mengebumikannya. Sedangkan Asma, ibunya, terus menangisinya sehingga kembali ke pangkuan Ilahi. Semoga Allah meredhai Abdullah bin Zubair dan ibunya.mustafit
Read More >>

Senin, 23 Januari 2012

Imam Ali Zainal Abidin - Cicit Rasulullah s.a.w.

 
 Makam Imam Ali Zainal Abidin

Imam Ali Zainal Abidin adalah cicit Rasulullah SAW dan anak Sayyidina Hussain RA (semoga Allah SWT meredhai mereka). Beliau diberi julukan ‘Abal Hasan’ atau ‘Abal Hussain’. 

Beliau juga mendapat julukan ‘As-Sajjad’ (orang yang ahli sujud). Beliau juga merupakan satu-satunya putera Sayyidina Hussain RA yang terselamat ketika tragedi Karbala, di mana bapanya, Sayyidina Hussain RA telah syahid akibat dipenggal kepalanya oleh tentera Yazid bin Muawiyah setelah dikepung dan dizalimi.

Disebabkan bonda beliau wafat ketika beliau masih kecil, beliau dibesarkan dan diasuh secara langsung oleh ibu saudara beliau sendiri. Ibu saudara beliau, Saiyyidah Zainab binti Ali bin Abu Talib RA merupakan saudara kandung Sayyidina Hasan RA dan Sayyidina Hussain RA. 

Ini bermakna, Imam Ali Zainal Abidin mendapat tarbiyah langsung daripada tiga orang Ahlul Bait Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Hassan, Sayyidina Hussain dan Saiyyidah Zainab binti Ali radhiallahu ‘anhum. 

Beliau adalah seorang yang ahli ibadah dan hamba yang amat taat kepada Allah SWT. Beliau meninggalkan segala sesuatu kecuali Tuhannya dan berpaling dari yang selain-Nya, serta yang selalu menghadap-Nya. 

Hati dan anggota tubuhnya diliputi ketenangan kerana ketinggian makrifahnya kepada Allah SWT, rasa hormatnya dan rasa takutnya kepada-Nya. 

Bercerita tentang ketaqwaan beliau, salah seorang putera beliau yang bernama Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin pernah menceritakan: “Pada saat sedang solat, ayahku demikian khusyuk berdiri hingga tak ada bezanya dengan seorang budak yang hina-dina berada di hadapan Maharaja terbesar di dunia. Begitu khusyuk ayahku solat seakan-akan sedang menunaikan solat terakhir dalam hidupnya.”

Beliau dilahirkan di kota Madinah pada tahun 33 Hijrah, atau dalam riwayat lain ada yang mengatakan 38 Hijrah. Beliau adalah termasuk generasi tabi’in. Beliau juga seorang imam agung. 

Beliau banyak meriwayatkan hadis dari ayahnya (Al-Imam Hussain RA), bapa saudaranya Al-Imam Hasan RA, Jabir RA, Ibnu Abbas RA, Al-Musawwir bin Makhromah RA, Abu Hurairah RA, Shofiyyah RA, Aisyah RA, Ummu Kalsum RA, serta para ummahatul mukminin/isteri-isteri Nabi SAW (semoga Allah SWT meredhai mereka semua). Al-Imam Ali Zainal Abidin, mewarisi sifat-sifat ayahnya (semoga Allah SWT meredhai keduanya) di dalam ilmu, sifat zuhud dan ibadah, serta mengumpulkan keagungan sifatnya pada dirinya di dalam setiap sesuatu.

Berkata Yahya Al-Anshari: “Dia (Al-Imam Ali) adalah paling mulianya Bani Hasyim yang pernah saya lihat.” Berkata Zuhri: “Saya tidak pernah menjumpai di kota Madinah orang yang lebih mulia dari beliau.” 

Hammad berkata: “Beliau adalah paling mulianya Bani Hasyim yang saya jumpai terakhir di kota Madinah.” Abu Bakar bin Abi Syaibah berkata: “Sanad yang paling dapat dipercayai adalah yang berasal dari Az-Zuhri dari Ali dari Al-Hussain dari ayahnya, Ali bin Abi Talib.”

Kelahiran beliau dan Az-Zuhri terjadi pada hari yang sama. Sebelum kelahirannya, Nabi SAW sudah menyebutkannya. Beliau solat 1000 rakaat setiap hari dan malamnya. Beliau jika berwuduk, pucat wajahnya. Ketika ditanya kenapa demikian, beliau menjawab, “Tahukah engkau kepada siapa aku akan menghadap?.” 

Beliau tidak suka seseorang membantunya untuk menyiramkan air ketika berwuduk. Beliau tidak pernah meninggalkan qiyamul lail, baik dalam keadaan di rumah ataupun berkelana. 

Beliau memuji Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan Sayyidina Usman (semoga Allah SWT meredhai mereka semua). Ketika berhaji dan terdengar kalimat “Labbaikallah…”, beliau pengsan.

Suatu saat ketika beliau baru saja keluar dari masjid, seorang laki-laki menemuinya dan mencacinya dengan keras. Spontan orang-orang di sekitarnya, baik budak-budak dan tuan-tuannya, bersegera ingin menghukum orang tersebut, akan tetapi beliau mencegahnya. 

Beliau hanya berkata: “Tunggulah sebentar orang laki-laki ini.” Sesudah itu beliau menghampirinya dan berkata kepadanya: “Apa yang engkau tidak ketahui dari diriku lebih banyak lagi. Apakah engkau memerlukan sesuatu sehingga saya dapat membantumu?.” 


Orang laki-laki itu merasa malu. Beliau lalu memberinya 1000 dirham. Maka berkata laki-laki itu: “Saya bersaksi bahawa engkau adalah benar-benar cucu Rasulullah.”

Beliau berkata: “Kami ini ahlul bait, jika sudah memberi, pantang untuk mengharapkan balasannya.” Beliau sempat hidup bersama datuknya Al-Imam Ali bin Abi Talib, selama 2 tahun, bersama pakciknya, Al-Imam Hasan, 10 tahun, dan bersama ayahnya, Al-Imam Hussain, 11 tahun (semoga Allah SWT meredhai mereka semua).

Beliau setiap malamnya memikul sendiri karung makanan di atas punggungnya dan menyedekahkan kepada para fakir miskin di kota Madinah. Beliau berkata: “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat memadamkan murka Tuhan.” 

Muhammad bin Ishaq berkata: “Sebahagian dari orang-orang Madinah, mereka hidup tanpa mengetahui dari mana asalnya penghidupan mereka. Apabila Ali bin Al-Hussain wafat, mereka tidak lagi mendapatkan penghidupan itu.”

Amr bin Tsabit menceritakan, ketika jenazah Imam Ali Zainal Abidin dimandikan, kelihatan kulit menebal berwarna kehitam-hitaman pada punggung beliau dan mereka saling bertanya sesama sendiri. Kemudian ada yang menjawab: “Itu bekas beban berat yang dipikul beliau pada malam hari, iaitu kampit-kampit gandum yang dihantar sendiri berulang-ulang kali kepada kaum fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan di Madinah!”

Beliau jika meminjamkan wang, tak pernah meminta kembali wangnya. Beliau jika meminjamkan pakaian, tak pernah meminta kembali pakaiannya. Beliau jika sudah berjanji, tidak mahu makan dan minum, sampai beliau dapat melaksanakan janjinya. 

Ketika beliau berhaji atau berperang mengenderai tunggangannya, beliau tak pernah memukul tunggangannya itu. Manaqib dan keutamaan-keutamaan beliau tak dapat dihitung, selalu dikenal dan dikenang. 

Beliau meninggal di kota Madinah pada 18 Muharram 94 Hijrah, dan disemayamkan di perkuburan Baqi’, dekat makam dari bapa saudaranya, Sayyidina Hasan RA, yang disemayamkan di kubah Al-Abbas. 

Beliau meninggal dunia dengan meninggalkan 11 orang putera dan 4 orang puteri. Adapun warisan yang ditinggalkannya kepada mereka adalah ilmu, kezuhudan dan ibadah.

Wallahua'lam.

One-Ummah
Read More >>