Kamis, 02 Juni 2011

Tulahan : Pemilihan AJK PAS Pusat -18 calon yang dijangka menang

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ4Y1iSRBcQKCAcsXQBpNTGfur6UTTaRsjXuJOLUsu0XWjxCDe5a95UzB_3tOcwZ8C9D5Skq0Zo9pRRUp_Nf-a7UiCVcmj277-Rs5wM9YfA1VMa1SsNABPZSbCBaUWcs2xQRZJeNU-Eck/s200/muktamar+pas.jpg


Seramai 53 calon akan bertanding jawatan bagi merebut 18 tempat untuk AJK PAS Pusat . Seramai 13 penyandang akan bertanding mempertahankan jawatan dan penulis jangka kesemuanya akan dapat kekal. Kesemua 13 penyandang ini adalah popular di kalangan perwakilan .

Bagi penulis, hanya 5 tempat lagi bakal jadi rebutan calon yang lain. Sebelum itu, dipaparkan keputusan untuk jawatan AJK PAS Pusat bagi pemilihan yang lalu.

1-Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin 854
2- Ustaz Idris Ahmad 799
3- Dato’ Kamaruddin Jaaffar 769
4- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak 653
5- Dato’ Hassan Mohd Ali 642
6- Dr Hatta Mohd Ramli 638
7- Ustaz Ghani Samsudin 637
8- Dato’ Abu Bakar Chik 622
9- Saudara Hanipa Maidin 619
10- Dato’ Ir Amirudin Hamzah 606
11- Dr Lo’ lo’ Haji Ghazali 589
12- Ustaz Ghani Abdul Rahman 584
13- Dr Dzulkefly Ahmad 576
14- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 536
15- Ustaz Hashim Jasin 522
16- Saudara Mazlan Aliman 513
17- Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib508
18- Dr Mujahid Yusof Rawa 488

5 daripada penyandang ini tidak bertanding untuk kali ini kerana beberapa sebab yang penulis tahu dan ada yang penulis tidak tahu mengapa mereka tidak bertanding, kerana jika mereka bertanding peluang menang cukup besar.

Senarai yang penyandang yang tidak bertanding seperti di bawah :

1- Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin - bertanding Naib Presiden
2- Ustaz Idris Ahmad - bertanding Naib Presiden
3- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – Tidak tahu alasan tidak bertanding
4- Ustaz Hashim Jasin - Tidak tahu alasan tidak bertanding
5- Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib - Tidak tahu alasan tidak bertanding

13 penyandang yang bertanding dan dijangka kekal dipilih ialah :

1- Dato’ Kamaruddin Jaaffar
2- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak
3- Dato’ Hassan Mohd Ali
4- Dr Hatta Mohd Ramli
5- Ustaz Ghani Samsudin
6- Dato’ Abu Bakar Chik
7- Saudara Hanipa Maidin
8- Dato’ Ir Amirudin Hamzah
9- Dr Lo’ lo’ Haji Ghazali
10- Ustaz Ghani Abdul Rahman
11- Dr Dzulkefly Ahmad
12- Saudara Mazlan Aliman
13- Dr Mujahid Yusof Rawa


Sementara itu, 5 penyadang AJK PAS Pusat termasuk Setiausaha,Penolong Setiausaha, Pengarah Pilihanraya yang dilantik tidak bertanding , hanya 4 bertanding seperti di bawah :

8 AJK PAS Pusat dan Setiausaha,Penolong Setiausaha, Pengarah Pilihanraya yang dilantik sesi lepas

1. Datuk Husam Musa
2. Mohamad Sabu
3. Mohd Anuar Tahir,
4. Mohd Taufik Abdul Ghani,
5. Dr Mariah Mahamud,
6. Wan Ubaidah Wan Omar,
7. Asmuni Awi, dilantik semula
8. Ahmad Dollah,
9. Dato' Mustafa Ali - Setiausaha
10. Datuk Takiyuddin Hasan – P/Setiausaha
11. Dato' Abdul Halim Abdul Rahman - Pengarah Pilihanraya


5 penyandang AJK PAS Pusat dan Setiausaha,Penolong Setiausaha, Pengarah Pilihanraya dilantik yang tidak bertanding

1. Datuk Husam Musa, - bertanding Naib Presiden
2. Mohamad Sabu, - bertanding Timbalan Presiden
3. Wan Ubaidah Wan Omar, - Tidak tahu alasan tidak bertanding
4. Ahmad Dollah, - Tidak tahu alasan tidak bertanding
5.
Dato' Mustafa Ali - Tidak tahu alasan tidak bertanding
6. Datuk Takiyuddin Hasan – Tidak tahu alasan tidak bertanding
7.
Dato' Abdul Halim Abdul Rahman - Tidak tahu alasan tidak bertanding

4 penyandang AJK PAS Pusat dilantik yang bertanding

1.Mohd Anuar Tahir,
2. Mohd Taufik Abdul Ghani,
3. Dr Mariah Mahamud,
4. Asmuni Awi,


Sepertimana penulis nyatakan N3 yang lepas, pengaruh ‘Geng Ulama’ atau ‘Erdogan’ tidak banyak mempengaruhi perwakilan yang hadir muktamar. Perwakilan juga bukan memilih berdasarkan calon ini popular di media blog.

Perlu diingat, peratus perwakilan yang melayari blog atau facebook juga sangat kecil. Bukan kerana mereka tidak percaya media internet, tetapi kerana mereka datang dari kawasan luar Bandar, umur kebanyakan perwakilan melebihi 50 tahun ke atas, iaitu bukan umur majoriti pelayar blog dan facebook.



Perwakilan memilih berdasarkan banyak faktor , antaranya tokoh ini dikenali sudah lama, kuat bekerja, dari negeri yang sama, ramah atau mesra bukan hanya semasa muktamar tetapi juga di waktu-waktu lain.

Negeri yang calonnya ramai potensi untuk menang adalah tipis kerana undi untuk perwakilan negerinya akan pecah. Memanglah boleh diundi semuanya, tetapi perwakilan bagi negeri itu juga mahu memberi undi kepada calon lain yang lebih layak. Contohnya, Perak

Kekecualiannya hanya bagi calon yang dah memang popular di peringkat nasional, dah lama dikenali.Contohnya , Selangor

Bagi negeri yang calonnya kecil, potensi untuk menang adalah besar kerana semua undi perwakilan akan diberi kepada calon ini. Jika calon ini juga dikenali di peringkat nasional maka lebih besarlah peluangnya.

Mungkin antara faktor, Dr. Syed Azman , Ust. Hashim Jasin, dan Ust. Taib tidak bertanding adalah kerana ingin memberi peluang kepada calon negerinya . iaitu Terengganu, Perlis dan Kedah.

Ataupun, Ust. Hashim dan Ust. Taib ingin memberi peluang kepada calon dari Dewan Ulama. Oleh itu, calon dari Dewan Ulama selain Ust. Ghani Shamsuddin sebagai penyandang iaitu Ust. Nik Zawawi Nik Salleh dan Dato Dr. Mahfuz ada potensi untuk menang. Ust. Nik Zawawi lebih besar peluangnya kerana kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. Syed Azman bagi negeri Terengganu.

Perlu diketahui, Ust. Nik Zawawi adalah tokoh ulama yang masih muda dan sudah dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Bagi Dewan Pemuda , calon yang berpeluang besar menang ialah Suhaizan Kayat yang cara bekerjanya dalam Dewan Pemuda dan beraninya seperti Mazlan Aliman. Sebelum ini, Mazlan Aliman dilantik menjadi AJK PAS Pusat semasa masih dalam Dewan Pemuda.

Seorang lagi yang popular dalam Dewan Pemuda ialah Ust. Riduan Mohd Nor yang selain aktif menulis buku , beliau juga dikenali kerana aktifnya memperjuangkan isu-isu melibatkan kesucian agama Islam.

Selain Dr. Lolo sebagai penyandang, Dr. Mariah adalah nama yang dikenali oleh perwakilan bukan hanya perwakilan Muslimat. Peluang beliau juga besar untuk menang jawatan AJK PAS Pusat.

Cikgu Normala pula popular kerana menjadi calon PRK Tenang, beliau dilihat mampu mengugat calon lain.


Berikut adalah senarai calon mengikut negeri dan Dewan-Dewan, jangkaan penulis yang dibold akan menang dan memberi saingan.

SELANGOR

1. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – Selangor - Penyandang
2. Hassan Ali, YB Dato’ Dr. - Selangor - Penyandang
3. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - Selangor - Penyandang
4. Khalid Abd Samad, YB Hj. - Selangor
5. Sa’ari Sungib, YB Hj. - Selangor
6. Iskandar Abdul Samad, YB – Selangor

PERAK

1. Asmuni Awi, Hj – Perak - AJK dilantik
2. Misbahul Munir Masduki , Ustaz - Perak
3. Khalil Idham Lim, YB – Perak
4. Norazli Musa, Ustaz Hj. - Perak
5. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji – Perak
6. Razman Zakaria, - Perak

TERENGGANU

1. Abdul Wahid Endut, YB Hj - Terengganu
2. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz , - Terengganu - Penyandang

KELANTAN

1. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – Kelantan - Penyandang
2. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz - Kelantan
3. Apandi Mohamad, Hj - Kelantan
4. Muhammad Husin, YB – Kelantan

KEDAH

1. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz, - Kedah - Penyandang
2. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – Kedah - Penyandang
3. Mohd Nasir Mustafa, - Kedah

PULAU PINANG

1. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. - Pulau Pinang - Penyandang
2. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz - Pulau Pinang
3. Rosidi Hussin - Pulau Pinang

TERENGGANU

1. Abdul Wahid Endut, YB Hj - Terengganu
2. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz , - Terengganu - Penyandang

JOHOR

1. Mazlan Aliman, - Johor - Penyandang
2. Hanipa Maidin, Hj - Johor - Penyandang

NEGERI SEMBILAN

1. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB - Negeri Sembilan-AJK dilantik
2. Zulkefly Muhamad Omar, Hj - Negeri Sembilan

SABAH

1. Hishamuddin Sulaiman, - Sabah
2. Hamzah Abdullah, - Sabah

PERLIS

1. Mohd Anuar Tahir, Hj – Perlis – AJK dilantik

MELAKA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz - Melaka – Penyandang

PAHANG

1. Hamzah Jaafar, Dr. - Pahang

WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Mohamad Nor Mohamad, Hj. – Wilayah Persekutuan

DEWAN ULAMA

1. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – Selangor, Ulama - Penyandang
2. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz – Terengganu, Ulama
3. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. - Johor

DEWAN PEMUDA

1. Suhaizan Kaiat, - Johor, Pemuda
2. Riduan Mohd Nor, Ustaz, - Terengganu, Pemuda
3. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, - Kelantan, Pemuda
4. Azman Shapawi, Ustaz – Terengganu, Pemuda
5. Kamal Ashaari, Ustaz – Selangor, Pemuda
6. Mohd Firdaus Jaafar, YB – Kedah, Pemuda
7. Ahmad Sabki Yusof, - Kedah, Pemuda
8. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr – WP,Pemuda

DEWAN MUSLIMAT

1. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr. – WP, Muslimat - Penyandang
2. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – Selangor, Muslimat – AJK dilantik
3. Normala Sudirman, - Johor, Muslimat
4. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB – Kelantan, Muslimat
5. Halimah Ali, YB Dr. – Selangor, Muslimat
6. Nuridah Salleh, Ustazah – Pahang, Muslimat
7. Aiman Athirah Al-Jundi – Sabah, Muslimat
8. Wan Hasrina Wan Hassan, - Selangor, Muslimat

Jangkaan penulis 18 calon yang akan menang AJK PAS Pusat adalah berikut :

1. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz
2. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
3. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
4. Hassan Ali, YB Dato’ Dr. - Selangor
5. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
6. Mazlan Aliman,
7. Hanipa Maidin, Hj
8. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
9. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
10. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
11. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
12. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
13. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
14. Abdul Wahid Endut, YB Hj
15. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
16. Khalid Abd Samad, YB Hj.
17. Suhaizan Kaiat,
18. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

Manakala 7 calon yang dijangka memberi cabaran sengit adalah seperti berikut :
1. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
2. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
3. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
4. Mohd Anuar Tahir, Hj
5. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
6. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
7. Normala Sudirman,

Ini semua hanyalah jangkaan penulis, yang akan memilih adalah perwakilan jadi pilihlah yang terbaik untuk memimpin PAS.

Wassalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post