Senin, 04 Juli 2011

10 haiwan dengan penampilan menarik

1. Hatchetfish

Ikan penghuni jurang ini sangat kecil (spesies terbesar hanya berukuran 12 cm), dan tidak berbahaya, tetapi wajahnya sangat buruk. Hatchetfish adalah bukti bahawa kita tidak perlu gigi tajam atau mata bersinar merah untuk menjadi seram.

Ikan ini ditemui di perairan tropika dan subtropika di seluruh dunia, memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil di jurang, seperti copepoda (sejenis Crustaceae).


2. Kelawar Hidung Jantung


Ditemui di hutan hujan Filipina, kelawar ini terancam pupus dan memiliki salah satu wajah teraneh di antara mamalia. Telinganya yang gelap ditutupi bintik kuning, mata oren dan tentunya hidung jantung yang membuat penampilannya seperti kartun.

Kelawar ini kebanyakan memakan buah ara dan buah-buahan lainnya, tetapi kadang-kadang memakan serangga.

3. Axolotl


Spesies yang hanya ada di Danau Xochimilco, Mexico, axolotl (ertinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander. Selain wajahnya yang lucu, haiwan ini juga memiliki rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu.
Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Sayangnya, amfibi aneh ini terancam pupus kerana pencemaran dan diburu di beberapa bahagian Mexico untuk dimakan.

4. Aye Aye


Boleh dikatakan primat dengan penampilan paling aneh, aye aye mempunyai telinga besar seperti kelawar, mata yang kuning dan mirip sekali dengan Gremlins (sebuah filem horor komedi di Amerika).
Haiwan ini sebenarnya menjadi inspirasi bagi raksasa yang mirip Gremlin di serial filem Primeval, di mana diceritakan keturunannya menghantui sebuah rumah kosong. Aye aye ditemui di Madagaskar dan sangat terancam pupus kerana kemusnahan habitat dan dibunuh kerana orang-orang di negara itu sangat tidak menyukai makhluk tersebut yang dianggap pembawa sial.

5. Monyet Hidung Penyek

http://media.vivanews.com/thumbs2/2010/10/28/98573_monyet-pesek--rhinopithecus-strykeri--di-myanmar-china_300_225.jpg

Haiwan ini adalah spesies yang terancam pupus. Hanya ditemui di China (termasuk Tibet) dan Vietnam. Haiwan ini tinggal di gunung di ketingggian hingga 4000m, bersama beberapa primat yang beradaptasi dengan keadaan Sejuk. Haiwan ini juga terancam kehilangan habitatnya.

6. Tikus Tanah Hidung Bintang

https://lh3.googleusercontent.com/__EJr4BMAQAI/TUtIIPGbi6I/AAAAAAAABGM/cyj9Gr-k5jk/stvz0elj.jpg

Tikus ini diberi nama hidung bintang kerana bentuk daging pada hidungnya, yang ditutupi reseptor sensor yang meningkatkan kemampuan sentuhannya, kerana penglihatan haiwan ini sangat buruk.
Tikus tanah hidung bintang ini tercatat merupakan perenang dan penyelam sekaligus penggali yang hebat. Seperti tikus tanah lainnya, haiwan ini memakan cacing tanah, belatung dan apa sahaja yang berlendir di tanah. Ditemui di Kanada dan Utara Amerika Syarikat

7. Tikus Mondok Telanjang


Tikus ini penampilannya tanpa bulu, kisut, kulit pucat pink dan memiliki mata hitam yang bercahaya. Tetapi satu perkara yang sangat menarik perhatian adalah tonjolan dua giginya yang sangat besar sekali, yang sebenarnya tumbuh melalui bibir.
Sehingga tikus ini tidak harus membuka mulut pada saat mengorek jalan di bawah tanah. Gigi ini begitu kuat sehingga tikus mondok telanjang ini terkenal boleh mengerat beton.

8. Tokek Buntut Daun


Tokek buntut daun adalah salah satu spesies yang sepertinya dibuat oleh kartunis. Haiwan ini mungkin memiliki mata paling aneh di antara haiwan lain, dan ketika membuka mulutnya, haiwan ini nampak seperti tersenyum lebar.

Meskipun terlihat seperti reptilia paling bahagia (kerana senyumannya), sebenarnya mahkluk ini menderita kerana terancam kehilangan hutan hujan Malagasi sebagai rumahnya.

9. Potoo


Burung menakjubkan ini ditemui di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan, dan terkenal kerana kemampuan kamuflasenya yang luar biasa. Memiliki wajah aneh, dengan mulut tersenyum, paruh pendek dan mata kuning, seolah-olah seperti karakter kartun.

Tidak berbahaya bagi manusia tetapi sangat berbahaya bagi serangga terbang dan kelawar kerana merupakan pemangsa ini terkenal rakus.

10. Ikan Kelelawar Hidung Merah


http://1.bp.blogspot.com/-fBHHqlvmDV4/TaGIfv_3RGI/AAAAAAAAA9E/EgQmM62Tcmk/s1600/ikan-kelelawar-hidung-merah.jpg

Meskipun tidak terlalu terkenal, ikan ini memiliki wajah yang cukup aneh. Bentuknya datar, hidungnya panjang dan runcing dan terlihat seperti terlalu banyak menggunakan lipstik.
Keanehan alam ini ditemuidi Galapagos dan memiliki keluarga hampir sama di perairan Amerika Tengah. Haiwan ini merupakan perenang yang lambat dan lebih memilih menyeret dirinya di dasar laut menggunakan sirip sebagai tangan. kaskus

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post