Selasa, 05 Juli 2011

10 penjaring terbanyak di Piala Dunia


1. Ronaldo (Brazil) – 15 gol (1994, 1998, 2002, 2006).
Pemain legenda ini dikenang kerana penampilan gemilangnya di Piala Dunia 2002. Selain membawa Brazil menjadi juara, Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak dengan jaringan lapan gol, termasuk dua gol di pertandingan akhir menentang German.

http://2.bp.blogspot.com/_QhSo7beXvuE/TC-aO5_FOhI/AAAAAAAAAWA/Q-lYdM1V_GQ/s1600/gerd-muller-west-germany.jpg
2. Gerd Muller (German Barat) – 14 gol (1970, 1974).

Disebut-sebut sebagai penyerang di kotak penalti terbaik sepanjang masa. Muller menjaringkan sepuluh gol semasa German Barat mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 1970. Beliau kemudiannya menjaringkan empat gol pada 1974, termasuk gol penentu kemenangan negaranya ke atas Belanda di pertandingan akhir.


3. Just Fontaine (Perancis) – 13 gol (1958).
Seperti Kosics, Fontaine hanya tampil sekali di Piala Dunia. Namun sampai sekarang ini beliau adalah penjaring gol terbanyak dalam satu pertandingan, dengan menjaringkan 13 gol untuk Perancis yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1958.



4. Pele (Brazil) 12 gol (1958, 1962, 1966, 1970).
Pemain yang digelar ‘The King’ ini sudah menjadi pemain di Piala Dunia semasa berumur 17 tahun. Beliau menjaringkan dua gol di perlawanan akhir Piala Dunia 1958 dan membawa Brazil mengalahkan Sweden. Beliau menamatkan kariernya di Piala Dunia 1970 dengan menjaringkan satu gol di pertandingan akhir semasa pasukannya mengalahkan Itali 4-1.


5. Sandor Kosics (Hungari) – 11 gol (1954).
Kosics hanya sekali bermain di Piala Dunia. Beliau merupakan pengerak utama dalam pasukan Hungari yang tampil luar biasa di tahun 1954. Beliau mejaringkan gol di setiap perlawanan, kecuali di perlawanan akhir semasa pasukannya secara mengejutkan kalah kepada German.


6. Jurgen Klinsmann (German) – 11 gol (1990, 1994, 1998).
Penyerang yang haus gol yang menjaringkan gol di tiga Piala Dunia secara berturut-turut dan berganding dengan dengan Rudi Voller di Piala Dunia 1990 dan 1994.


7. Helmut Rahn (German Barat) – 10 gol (1954, 1958).

Pemain bergelar ‘The Cannon from Essen’ ini dikenali kerana dua golnya di Piala Dunia 1954 ke gawang Hungari dan membantu German meraih kejuaraan piala dunia untuk pertama kalinya. Beliau menjaringkan sepuluh gol hanya dalam sembilan perlawanan.

http://www.sporting-heroes.net/files_footballworldcup/BATISTUTA_G_20020607_GH_L.jpg
8. Gabriel Batistuta (Argentina) – 10 gol (1994, 1998, 2002).

Penyerang legenda Argentina ini dikenali dengan tendangan kaki kanannya yang sangat deras. Beliau menjaringkan gol semasa berada di puncak karier pada Piala Dunia 1994 dan 1998, dan juga sempat menjaringkan gol semasa menjadi veteran di Piala Dunia 2002.


9. Gary Lineker (England) – 10 gol (1986, 1990).

Penjaring terbanyak di Piala Dunia 1986 dengan menjaringkan enam gol. Beliau kemudiannya menjaringkan empat gol lagi di Piala Dunia 1990 semasa England mendapat tempat keempat.


10. Teifilo Cubillas (Peru) – 10 gol (Piala Dunia 1970, 1978 dan 1982).
Cubillas masih tercatat sebagai pemain terbaik Peru sepanjang masa. Beliau berperanan besar dalam membawa negaranya sehingga pusingan keempat Piala Dunia 1970. Lapan tahun kemudian,beliau menjaringkan sebuah gol menarik Piala Dunia di Argentina.

korananakindonesia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post