Senin, 18 Juli 2011

10 spesis haiwan baru hasil kacukan dua haiwan berlainan

Beberapa haiwan hibrid dilahirkan di alam liar, sementara yang lain dibesarkan oleh manusia untuk keuntungan atau kajian  ilmiah. 


Apapun alasan untuk kelahiran haiwan ini, spesies baru dan menarik di luar sana kerana campuran spesies.Berikut adalah 10 jenis haiwan hibrid yang relatif baru dalam dunia haiwan.

01-Dzo (Peranakan Lembu + Yak)


Dikembangbiakkan untuk bekerja di sektor pertanian di kedua negara Nepal dan Mongolia, Dzo (atau Khainag di Mongolia) adalah kacukan jantan dari yak dan betina dari lembu peliharaan. 



Haiwan ini 25 hingga 30 peratus lebih berat dari lembu biasa Mongolia. Walaupun Dzo adalah binatang untuk mengangkut barang yang kuat, dagingnya  dianggap jauh lebih enak dari kedua induknya.

02-Kucing Bengala (Peranakan Leopard + Kucing Peliharaan)

http://kitten.com.my/forum/attachments/me-my-cat/21793-kucing-bengal-saya-kurus-010820071467.jpg 
Kacukan antara Leopard Asia dan kucing rumah tempatan, Kucing Bengala pertama kali dikembangbiakkan antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh sesiapa yang inginkan haiwan peliharaan dengan penampilaneksotik tapi dengan perubahan perilaku yang boleh dijinakkan. 

Seperti kucing rumah biasa sehingga besar, Kucing Bengala mempunyai bulu yang berkisar dari kelabu, coklat atau oren atau putih seperti gading, dengan tompok-tompok bervariasi warna dari warna kakao sehingga warna arang atau hitam.

03- Zebroid (Peranakan Zebra + Keldai)


"Zebroid" hasil pencatuman setiap hibrid zebra dan spesies keldai; kacukan gen ini pertama terjadi di awal abad 19. Ia mempunyai nama yang berbeza bergantung campuran ras induknya. 

Apabila seekor zebra betina dan seekor keldai jantan dikacukkan, anaknya disebut zebrinny, sementara zebra jantan dan keldai betina disebut zedonk-tapi secara umum, keturunan yang dilahirkan mirip seperti Zebra dewasa dan dengan belang-belang dari zebra pada beberapa (tetapi tidak semua) dari tubuhnya.

04-Liger (Peranakan Singa dan Harimau)


Dibesarkan di sangkar secara sengaja dan tidak sengaja sejak awal abad 20, kucing ganas ini adalah keturunan singa jantan dan harimau betina. Walaupun penampilannya lebih seperti singa, ia mempunyai belang-belang halus dari harimau. 



Tidak seperti singa yang takut air, haiwan ini boleh berenang. Umumnya jauh lebih besar daripada kedua induknya, haiwan ini merupakan salah satu hewan yang terbesar di dunia, dengan berat lebih dari 1.000 kilogram dan berukuran sampai 12 meter.

05-Cama (Ilama+Unta)


Pada tahun 1998 pengkaji membiakkan Cama pertama yang dihasilkan dari kacukan  llama betina dan unta jantan. Tapi tidak seperti kebanyakan haiwan dalam senarai ini, Cama diciptakan melalui inseminasi buatan manusia.

Alasannya? Perbezaan ukuran sangat signifikan-llama biasanya berat sekitar 150 kg, sementara unta berat sekitar 950 kilogram, persenyawaan biasa hampir mustahil terjadi. 



Sementara Cama tidak mempunyai bonggol, tapi mempunyai telinga unta dan ekor panjang, dengan kuku terbelah seperti llama.

06- Leopon (Macan Tutul + Singa)


Leopon, keturunan Macan Tutul jantan dan singa betina, telah dibesarkan di India, JepUN, Jerman dan Itali.

Serupa dengan kedua haiwan, Leopon mempunyai bintik-bintik coklat dan ekor berumbai, dengan jambang lebih kecil dari singa, dan menjadi pendaki yang sangat baik seperti Macan tutul. 



Terkenal disebabkan program Leopon paling penting di dunia, Koshien Hanshin Park di Nishinomiya City, Jepun, dibesarkan dua Leopon pada tahun 1959 dan tiga lagi pada tahun 1962.


07-Grolar-Bear (Beruang Madu + Beruang Kutub)


Pencantuman grizzly dan beruang kutub di alam liar adalah sesuatu yang legenda sehinggalah penemuan oleh pemburu Kanada Roger Kuptana tentang Groler di tahun 2006. 



Sementara Groler telah dibesarkan di sangkar untuk beberapa waktu, beruang kutub di alam liar lebih memilih untuk bersenyawa  di atas ais, sementara grizzly di darat. 


Tetapi ketika Kuptana dan pemburu menemui beruang kutub dengan tambalan coklat dan cakar panjang dan berbonggol belakang kelabu.Ujian DNA mengesahkan apa yang mungkin didokumentasikan keadaan pertama dari Groler lahir di alam liar.

08-Wholphin (Paus Pembunuh+Lumba lumba)

http://hotspotshawaii.com/zounds/wolphin.JPG
Mamalia laut ini adalah hibrid dari ikan lumba-lumba dan ikan paus pembunuh palsu. Kejadian hanya terjadi di Taman Laut Oahu, Hawaii, pada tahun 1985 ketika ikan lumba-lumba hidung botol 400-pound kelabu betina melahirkan anak  yang mirip ikan paus pembunuh palsu jantan 2.000 pound dan nampak berenang bersama. 



Para pengkaji juga percaya bahawa binatang itu dapat bersenyawa di alam, tetapi belum untuk mengesahkannya.


09-Wolfdog (Anjing + Serigala)


Walaupun haiwan ini telah dibesarkan sejak pertengahan abad ke-20, anak-anak anjing pertama Wolfdog diterima oleh Kelab Penternak adalah pada tahun 1982 ketika anak kecil lahir di Brno, Republik Ceko.

Sementara Wolfdog adalah haiwan peliharaan popular, haiwan ini telah menyelesaikan masalah keamanan kerana keperibadian haiwan ini terbahagi dengan serigala hutan .



Peringkat ujian dalam peliharaan keluarga manusia, menunjukkan tanda-tanda dari mentaliti tentang kebiasaan teritorial serigala.

10-Iron-Age-Pig (Babi Hutan + Babi Peliharaan)


http://wild-facts.com/wp-content/uploads/2010/01/250x200_pig.gif
Bila babi hutan jantan dan Tamworth tempatan dikacukkankan, maka terhasillah Iron Age pig. Pertama dibesarkan pada tahun 1970 dalam usaha untuk menghasilkan babi yang mirip dengan yang ditemui semasa Zaman Besi. 


Haiwan ini menunjukkan perilaku yang lebih liar dari babi biasa, tetapi kurang agresif dari babi hutan. forum.prodigy

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post