Senin, 21 November 2011

Fadhilat surah As-Sajdah



SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.


3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **
I Luv Islam
Read More >>

Sabtu, 19 November 2011

Hormati Ijtihad Politik Parti An-Nahdhah Tunisia

 http://haberpan.net/haber/11/01/29/40a5/rasid-gannusi-tunusa-donuyor.jpg
Syaikh Rashid Ghannoushi
Bagi ramai umat Islam negara ini yang terbiasa dengan model ‘politik Islam’ Parti Islam SeMalaysia (PAS), ‘penampilan’ parti berteraskan Islam di Tunisia, Ennahda (An-Nahdhah), di pentas politik negara itu, tentu begitu ‘mengejutkan’ dan sangat ‘janggal’.
Pada 22 Januari 2011, iaitu 8 hari selepas kejatuhan Ben Ali yang digulingkan pada 14 Januari 2011, pemimpin utama Ennahda, Syaikh Rashid Ghannoushi telah memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa partinya itu tidak berusaha untuk melaksanakan Syariat Islam di Tunisia, jika berpeluang memerintah negara itu.
Apa yang menjadi objektif partinya, jelas beliau, ialah membebaskan Tunisia daripada sistem satu parti, dalam apa jua bentuk sekalipun. (Rujukan : onislam.net)
Jika sikap ‘dingin’ Ennahda terhadap perlaksanaan Syariat Islam ini diteropong melalui jendela ‘politik Islam’ versi PAS, adalah sesuatu yang sangat janggal, bahkan tidak boleh diterima langsung, sebuah parti Islam mengumumkan, ia tidak berusaha untuk melaksanakan Syariat Islam dalam sebuah negara yang dikuasainya!
Dalam persekitaran ‘politik Islam’ versi PAS, tindakan sesebuah parti Islam tidak menyebut sebarang sikap atau pendirian berhubung perlaksanaan Syariat Islam, masih boleh diterima, walaupun dengan ‘berat hati’.
Namun, tindakan mana-mana parti Islam mengisytiharkan bahawa ia tidak akan berusaha melaksanakan Syariat Islam dalam negara yang diterajuinya, adalah sangat ‘mengejutkan’, begitu ‘janggal’ dan tidak boleh diterima sama sekali.
Lebih ‘parah’ lagi, Ennahda bukannya mengumumkan ia tidak akan melaksanakan hudud-yang merupakan satu juzuk yang kecil dalam Syariat Islam-sebaliknya mengumumkan tidak akan berusaha melaksanakan Syariat Islam itu sendiri!
Andainya pengumuman serupa-disebabkan pertimbangan-pertimbangan tertentu yang wajar-dilakukan oleh parti Islam di Malaysia, barangkali ramai ahli akan keluar meninggalkan parti, atau paling kurang, parti akan dituduh sebagai mengorbankan perjuangan menegakkan agama Allah dan mencari keredhaanNya, semata-mata kerana kuasa politik dan keredhaan para pengundi (terutamanya pengundi bukan Islam)!
Jika pengumuman seperti itu dibuat oleh parti lain yang bukan dari aliran Islam, akidah pemimpinnya akan segera diragui, dan dengan pantas dilabel sebagai menolak hukum Allah, serta lebih mengutamakan sokongan dan kehendak para pengundi, berbanding keredhaan Allah.
Negara Sekular
Bergerak sejajar dengan pengumuman ‘mengejutkan’ dan ‘janggal’ itu, persoalan perlaksanaan Syariat Islam, termasuk hudud dan qisas, tidak didendangkan langsung oleh Ennahda dalam kempen pilihanraya Tunisia yang berlangsung pada 23 Oktober 2011 yang lalu.
Ennahda yang diasaskan pada tahun 1981 itu terus membuat 'kejutan', apabila tidak hanya berpada setakat pengumuman bahawa ia tidak berusaha melaksanakan Syariat Islam di Tunisia.
Lebih daripada itu, kepimpinan parti Islam itu mengumumkan akan berusaha membentuk sebuah masyarakat sekular pelbagai parti, yang menghormati hak-hak manusia! (Rujukan :onislam.net )

Dalam konteks ‘iklim politik Malaysia’ yang dipengaruhi oleh pemikiran ‘politik Islam’ versi PAS, sikap Ennahda yang berterus terang tidak mahu berusaha melaksanakan Syariat Islam, dan mahu menubuhkan sebuah masyarakat sekular, sangat ‘melampau’ dan pasti akan mencetuskan perdebatan hukum yang serius.
Tindakan sebegitu sangat sensitif bagi umat Islam di sini, sehinggakan UMNO sendiri, yang disifatkan PAS sebagai bukan parti Islam, tidak berani dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

UMNO sebaliknya bersungguh-sungguh mendakwa dirinya juga memperjuangkan perlaksanaan Syariat Islam, dan negara Malaysia yang diterajuinya merupakan sebuah Negara Islam.
Rentetan daripada pendirian politik yang telah diambil itu, Ghannoushi mengambil sikap yang sangat liberal atau sangat ‘longgar’ terhadap aktiviti penjualan dan penggunaan arak di Tunisia.

Beliau telah mengumumkan, partinya tidak akan menutup tempat-tempat penjualan arak, dan tidak akan ‘mengganggu’ budaya memakai bikini di pantai-pantai negara itu. (Rujukan : 
aljazeera.net )
Sikap yang sama ditunjukkan dalam layanan parti Islam itu terhadap wanita, apabila membenarkan wanita Islam yang tidak bertudung, menjadi salah seorang calonnya, disamping menjamin akan mempertahankan hak wanita Tunisia memakai apa jua pakaian yang mereka kehendaki. (Rujukan : aljazeera.net)
Antara Ennahda & PAS
Pendirian politik dan sikap liberal Ennahda berhubung persoalan-persoalan yang dinyatakan, membentuk satu kesimpulan, iaitu parti Islam itu berusaha menyembunyikan ‘ciri-ciri keislaman’ dalam tindak tanduk dan pendiriannya, demi maslahah yang lebih besar (menerajui negara), dan cuba menampilkan dirinya dalam bentuk sebuah parti yang dinamik, sederhana dan toleran.
Ini berbeza dengan PAS yang dilihat-berdasarkan tindak tanduknya-berusaha ke arah sebaliknya, iaitu berusaha menampilkan ciri-ciri keislaman dan ‘jenama Islam’ dalam setiap tindak tanduk dan sikap yang diambil.
Namun, perkembangan semasa memperlihatkan, PAS semakin mendekati pendekatan dan penampilan Ennahda itu, apabila turut bertindak ‘menutup’ ciri-ciri keislamannya yang begitu zahir dan ketara, iaitu cita-cita penubuhan Negara Islam, yang kini ‘ditutup’ dengan ‘jubah’ Negara Berkebajikan.
Bezanya, Ennahda tidak mengambil masa untuk sampai kepada kedudukannya yang dilihat dinamik dan sederhana seperti sekarang, apabila parti itu tampil dengan watak sebegitu sejak awal-awal lagi, iaitu sejak kejatuhan regim Ben Ali lagi.
Tidak seperti PAS, parti yang satu-satunya menamakan dirinya sebagai Parti Islam itu, mengambil masa puluhan tahun untuk sampai kepada titik sekarang, iaitu titik pasca Pilihanraya Umum 2008, yang menyaksikan parti itu tampil dengan karakter yang agak sederhana dan dinamik.
Dalam ungkapan lain, PAS mengambil masa selama puluhan tahun untuk ‘menyolek’ dirinya, agar tampil dalam bentuk yang boleh disifatkan agak dinamik dan sederhana, seperti yang dapat dilihat selepas Pilihan Raya Umum 2008, khususnya selepas muktamar kali ke 57 yang menjadikan Negara Berkebajikan sebagai agenda baru parti itu, menggantikan Negara Islam.
Adalah dipercayai, banyak pihak, termasuk dari dalam PAS sendiri, terutama golongan professional yang mengimpikan agar PAS tampil seperti bentuknya sekarang-yang dilihat lebih dinamik dan realistik-sejak dahulu lagi, paling tidak, sejak parti itu berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990.
Tentunya ada pihak yang mengandaikan, jika parti itu berbuat demikian, mungkin kedudukannya di pentas politik tanah air masa kini, lebih baik dari sekarang, atau sudah pun menguasai Putrajaya!
Ijtihad Politik
Mengambil kira kedudukan pemimpin utama Ennahda, Ghannoushi selaku seorang pemikir Islam, dan telah banyak menghasilkan karya-karya bermutu, dalam masa yang sama memegang jawatan Pembantu Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Islam Sedunia, yang dipengerusikan oleh Syaikh Yusuf Qaradhawi, pendirian politik Ennahda seperti yang dinyatakan, perlu dinilai sebagai satu ijtihad politik yang perlu dialu-alukan.
Sebagai satu analisis ringkas, Ennahda melihat dirinya berhadapan dengan dua kewajipan, iaitu kewajipan membentuk sebuah negara yang adil; dan kewajipan melaksanakan hukum hakam Islam berhubung arak, perlaksanaan hudud dan penguatkuasaan etika-etika Islam.
Pada pertimbangan Ennahda, kedua-dua kewajipan ini tidak dapat dilaksanakan serentak, memandangkan perlaksanaan hukum hakam Islam berkaitan arak, hudud dan etika-etika Islam, dijangka akan mencetuskan tentangan rakyat, seterusnya mungkin mengakibatkan parti Islam itu gagal menerajui negara, sekaligus bermakna gagal membentuk sebuah negara yang adil.
Sehubungan itu, Ennahda memilih untuk memberi keutamaan kepada kewajipan membentuk negara yang adil, biarpun dengan menangguhkan buat sementara kewajipan perlaksanaan hukum hakam Islam berkaitan perkara-perkara yang dinyatakan.
Pendirian ini diambil kerana parti itu melihat ‘menerajui negara’ maslahahnya lebih besar, kerana ia akan memberi peluang kepada parti itu melaksanakan agenda yang lebih menyeluruh kesannya, iaitu keadilan sosial, kebebasan undang-undang, perlaksanaan syura, ketelusan pentadbiran dan demokrasi, yang pada hakikatnya adalah tuntutan-tuntutan Islam yang besar dan utama.
Selain berpedomankan Feqh Awlawiyyat atau Feqh Keutamaan dalam membuat pendirian politik, Ennahda juga berpandukan kepada konsep ‘tadarruj (beransur-ansur) dalam perlaksanaan Islam’.
Realitinya, konsep ini kekal absah hingga kini, dan bukannya-seperti yang didakwa ramai orang-telah ‘tamat tempoh’, sebaik sahaja hukum hakam Islam telah lengkap dan sempurna, sejurus selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Dalam ruangan yang terbatas ini, tindakan dan kenyataan Khalifah Umar Abdul Aziz, sudah memadai untuk mengesahkan keabsahan konsep ini sehingga ke hari ini.
Khalifah Umar, pada zaman pemerintahannya, pernah menangguhkan usaha-usaha penghapusan saki baki penyelewengan dan kezaliman pemerintah-pemerintah sebelum beliau (Lihat al-Qaradhawi dalam al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Juhud Wa al-Tatarruf, hlm 106).
Penangguhan ini walau bagaimana pun, dibantah oleh anak beliau, Abdul Malik kerana didorong oleh semangat Islamnya yang tinggi dan kecintaan beliau terhadap Islam.
Beliau berkata kepada Khalifah Umar, “mengapa ayahanda tidak melaksanakan perkara-perkara ini (iaitu menghapuskan saki baki penyelewengan dan kezaliman)? Demi Allah, anakanda tidak peduli sekalipun anakanda dan ayahanda menggelegak dalam kawah kerana menegakkan kebenaran!”.
Khalifah Umar, selaku seorang yang faqih (memahami agama), membantah kenyataan anaknya itu dengan berkata, “jangan tergesa-gesa anakanda, kerana sesungguhnya Allah mencela arak dalam dua ayat (yang diturunkan pada waktu yang berbeza, tetapi tidak mengharamkannya) dan (hanya) mengharamkannya dalam ayat yang ketiga (yang diturunkan selepas itu).
Sesungguhnya, ayahanda takut untuk mewajibkan al-haq (perkara yang benar) ke atas manusia sekali gus, bimbang mereka akan menolaknya sekali gus. (Jika demikian) akan wujud dari kalangan kita orang yang (menyebabkan) fitnah”. (Lihat Al-Syatibi dalam Al-Muwafaqat, jilid 2, hlm 93-94).
Feqh Awlawiyyat
Disebabkan realiti di Tunisia mungkin berbeza dengan suasana di negara ini, tulisan ini tidak bermaksud memberi saranan kepada mana-mana pihak di sini, agar mengambil sikap dan pendirian politik yang sama dengan Ennahda.
Apa yang menjadi objektif tulisan ini ialah melambung persoalan Feqh Awlawiyyat, agar ia menjadi pertimbangan dan perkiraan semua pihak, terutama gerakan Islam, dalam setiap tindak tanduk dan perdirian yang diambil.
Ya, mungkin suasana di Tunisia memerlukan Ennahda mengambil pendirian dan sikap yang begitu liberal terhadap soal perlaksanaan Syariat Islam, disebabkan latar belakang kehidupan rakyatnya yang dicengkam ‘sekularisme melampau’ sejak berdekad-dekad lamanya.
Namun, kita perlu berfikir panjang dan berhati-hati sebelum mengutarakan bahawa pendekatan, sikap dan pendirian politik yang serupa, tidak sesuai di Malaysia disebabkan perkembangan Islam yang pesat di sini, dan kefahaman rakyatnya yang tinggi terhadap Islam.
Ini kerana, di sini terdapat satu fenomena-yang memerlukan pertimbangan khusus-yang lebih ‘parah’ daripada ‘sekularisme melampau’ di Tunisia, iaitu kewujudan bukan Islam yang ramai dan menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah parti dalam pilihanraya.
Jika realiti semasa Tunisia yang dilatari ‘sekularisme melampau’ dalam tempoh yang lama, memerlukan Ennahda mengambil sikap dan pendirian politik yang liberal, bagaimana pula dengan realiti yang berteraskan kemajmukan agama dan kepercayaan seperti di Malaysia?
Pada titik ini, mana-mana pihak yang menyakini politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam, dan perjuangan menegakkan negara adalah tuntutan Islam, tidak perlulah tampil menyifatkan tindakan Ennahda ‘meminggirkan’ buat sementara perlaksanaan hudud dan penguatkuasaaan etika-etika Islam, demi menakluki mercu kuasa, sebagai tindakan mengorbankan prinsip perjuangan atau tuntutan agama demi kuasa politik.
Mereka tidak boleh berkata demikian, kerana mereka juga yang melaung-laungkan bahawa perjuangan menegakkan negara dan memerintah negara, adalah satu kewajipan dan tututan Islam.
Jika demikian, tindakan Ennahda itu termasuk dalam kategori mendahulukan kewajipan agama (menegakkan negara) yang dinilai lebih utama, dengan menangguhkan satu lagi kewajipan agama (perlaksanaan hudud dan penguatkuasaan etika-etika Islam) yang dinilai sebaliknya. Atau termasuk dalam cakupan konsep ‘tadarruj dalam perlaksanaan Islam’.
Ia adalah berkaitan Feqh Awlawiyyat.
Ia bukannya menggadai prinsip perjuangan demi kuasa!
Warisan-semasa
Read More >>

Jumat, 18 November 2011

Asronot wanita India buktikan kebenaran cerita Neil Armstrong tentang Kota Bercahaya


Satu pesanan pendek tersebar tentang berita masuk Islamnya Sunita Williams, astronot wanita India pertama yang pergi ke bulan pada 2 Julai 2007 lalu.

Berita menghebohkan ini bukanlah yang pertama, sebelumnya astronot berasal Amerika Syarikat Neil Armstrong juga menyatakan dirinya masuk Islam sekembali dari bulan. 
Apakah ini berita bohong? Yang jelas pihak NON MUSLIM sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Lalu disebarlah berita, bahawa ini berita bohong.

Perlu diketahui, Sunita Williams adalah seorang astronot kelahiran Ohio 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. 
Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: berada di luar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Dalam perjalanannya ke bulan, Sunita William melihat fenomena yang aneh semasapandangannya menuju ke bumi. Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu MEKAH dan MADINAH.

 
Sunita mengatakan, dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop, ada dua tempat yang sangat berbeza, iaitu Makkah dan Madinah. 
Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masya Allah, Laa Quwwata Illa Billaah.

Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah semasa gelombang suara dari bumi tidak mampu merentasi luar angkasa, dia ternyata boleh menangkap suara Azan. 
Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan sisi-sisi kebenaran kepadaAstronout ini? Diberitakan setelah peristiwa ini, Sunita Williams memeluk agama Islam.

Puluhan tahun yang lampau, tepatnya tahun 1870, Neil Amstrong pernah mengalami kejadian serupa semasa mendaratkan kakinya di bulan. Diberitakan semasa itu dia mendengar sebuah suara yang dikemudian hari ia mengenalinya sebagai SUARA AZAN

Tepatnya semasa Neil diundang seminar di Universitas Kaherah, Mesir. Di masa dia menyampaikan syarahannya, semasa itu azan berkumandang menunjukkan waktu solat, moderator menghentikan presentasinya untuk mendengarkan azan. Dan Neil berseru, “Ini dia suara yang pertama kali aku dengar semasa mendarat di bulan.”

Setelah itu, Neil Amstrong menemui salah satu profesor di universiti itu. Dia ingin tahu banyak tentang Islam. Dan tidak lama setelah itu, dia pun menjadi muallaf. 
Pemberitaan masuk Islamnya Neil Armstrong dan Sunita William kebelakangan menjadi polemik di masyarakat.

Tetapi bagi kita umat muslim, tidak perlu seorang Neil Armstrong untuk meyakinkan diri kita bahawa agama Islam adalah benar. Jika kita yakin berada di agama yang lurus, maka yakinlah bahawa kejadian itu benar. 
Kita tidak perlu menggunakan nama besar Neil Armstrong untuk membenarkan agama kita. Percayalah, nama MUHAMMAD SAW sudah cukup besar buat kita dan dunia. 
Sama ada benar atau tidaknya Sunita William atau Neil Armstrong masuk Islam apabila pulang dari bulan, kita berharap Allah Swt memberi hidayah kepadanya.

Bagaimanapun juga para missionari (NON MUSLIM) sangat tidak suka dengan pemberitaan ini. Padahal jika Allah menghendaki, kejadian terdengarnya suara azan di bulan, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Boleh sahaja terjadi. 
Media Barat selamanya tidak akan pernah memberitakan hal-hal yang dianggap boleh "MENGGONCANGKAN UMATNYA", bukan hanya di AS, tapi juga seluruh dunia.

Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa sekalipun Islam dituduh sebagai "agama orang bodoh", "agama kampungan", "agama rendahan", "agama orang miskin", atau apapun tuduhannya, tetap sahaja orang yang berbondong-bondong mengikutinya dan rata-rata berasal dari orang-orang cerdas, orang yang tidak sekadar BERAKAL tetapi juga MEMPERGUNAKAN AKALNYA. Subhanallah, walhamdu lillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
Read More >>

Kamis, 17 November 2011

Tulahan : Teh Tarik Kurang Manis



Kemenangan parti An-Nahdah di Tunisia disambutgembira pejuang Islam di seluruh dunia. Kempen yang sederhana mencontohi AK Party di Turki menarik minat majoritiumat Islam di Tunisia. Kini kuasa pemerintahan di tangan golongan Islam.

Selepas kemenangan , pimpinan parti An-Nahdahdihujani dengan soalan dari wartawan sekular yang masih berakar di Tunisia ,juga dari wartawan Barat. Adakah An-Nahdah akan melaksanakan syariah Islam diTunisia.

Jawapan Rashid al-Ghannusi pemimpin utamaAn-Nahdah, An-Nahdah tidak bercadang untuk melaksanakannya pada masa ini. 

Apabila jawapan sedemikian diberikan, makabisinglah kumpulan sekular menyatakan bahawa An-Nahdah bukan lagi parti Islam .Bukan sahaja di Tunisia tapi juga golongan sekular di Malaysia mempersendakanAn-Nahdah yang tempiasnya adalah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

Penulis tidak kisah jika mereka yang tiadafikrah Islam yang mempersenda. Golongan ini seperti ‘Teh Tarik’ tidak adapendirian. Bila ada kuasa di atas tiada nampak mereka membela Islam, bila dibawah mereka hendak naik ke atas berkuasa mereka bercakap membela Islam . Selepasnaik semula mereka akan kembali menekan Islam, dan akan turun ke bawah sehinggalahteh itu sejuk. 

Namun, penulis tidak dapat terima ialahpersendaan itu datang dari mereka yang ada fikrah Islam dari jamaah Islam . Ditohmahnya,tindakan An-Nahdah sudah menyeleweng dari Islam, An-Nahdah bukan lagi jamaahIslam, An-Nahdah takut dengan golongan sekular, An-Nandah hanya mahu undi orangIslam untuk menang.

Penulis tidak dapat terima tuduhan yangdisalurkan dalam bahasa yang lembut dan disebarkan bukan sahaja ahli jamaahmereka tetapi juga kepada masyarakat Islam. Mustahil Rashid al-Gannusi danpemimpin An-Nahdah sanggup menjual Islam. Mereka , puluhan tahun merengkokdalam penjara, hidup dalam buangan kerana kezaliman regim Ben Ali. 

Tentulah ada sebab mereka membuat kenyataansedemikian, mereka tentu mengambil kira apa yang berlaku kepada kemenangan FISdi Algeria. Mereka tentu mendengar pandangan ulama-ulama An-Nahdah yang lebihmemahami suasana di Tunisia.

Penulis tidak mahu memberikan alasannya,kerana penulis sendiri tidak tahu. Tapi , penulis berbaik sangka dengan perjuanganIslam yang dipimpin Rashid al-Gannusi yang juga tokoh besar Gerakan Islam dunia.

Stiuasi di Tunisia juga berlaku kepadaparti Islam di seluruh dunia. Masalah bukan sahaja ditimbulkan oleh golongansekular tapi juga mereka yang memimpin jamaah Islam. Kenyataan mereka bukansahaja mengelirukan orang Islam malah mengelirukan penyokong parti Islam.

Penulis paparkan kenyataan seorang pemimpinsebuah NGO yang mengaku jamaah Islam dalam blognya seperti di bawah:

Kawan-kawan saya ini boleh dikatakanpengundi atas pagar. Mereka tak memihak kepada mana2 parti tetapi lebih melihatkepada siapa yang membawa lebih banyak kebaikkan kepada islam. Mereka tidakterlibat dengan mana2 NGO islam, atau mana2 gerakan islam tetapi sebaliknyamereka ini adalah rakyat biasa yang cintakan islam. Namun apa yang berlakusejak akhir2 ini memang membingungkan mereka sehingga mereka tidak tahu laginak undi siapa. Bagi mereka UMNO bukan pilihan. Namun mereka juga bimbangdengan kedudukan PAS yang bertahaluf dengan DAP yang jelas menentang islam.Sehungga kini mereka masih mencari2 jawapan.


Saya dapat merasakan bahawa ramaidiluar sana yang mempunyai perasaan sedemikian. Mereka memang sudah mual denganUMNO tetapi untuk memilih PAS mereka mula ragu kerana dominasi DAP dalam PR.Semakin hari DAP semakin menguatkan cengkamannnya sehingga semakin ramai orangMelayu, tanpa sedar, telah dipengaruhi oleh DAP. DAP sedang menyediakan bakal2MB orang Melayu disetiap negeri. Akhir sekali ialah dengan kemasukkan beberapaorang Melayu di N9 yang katanya jika DAP menang banyak kerusi maka mereka akanmelantik orang Melayu ini jadi MB sedangkan mereka yang memainkan peranandibelakang.

Ini membuatkan saya terfikir bagaimananak tangani isu kekeliruan umat islam ini. Ada beberapa teman yang saya temuiditempat lain sudah menyatakan bahawa mereka mungkin tidak akan keluar mengundikali ini kerana tak tahu yang mana satu baik untuk islam. Saya sangat bimbangkerana jika suasana ini berlaku maka akan ramai orang Melayu tidak keluarmengundi sedangkan orang Cina secara keseluruhannya sudah bertekad untukmerubah kerajaan. Ertinya kemungkinan kita akan menyaksikan ramai DUN dan MPyang diwakili orang Cina. Blog Suaradarigunung

Kenyataan dalam bentuk cerita sebegini samalah dengan kenyataanpemimpin parti politik bangsa, tapi disampaikan dengan nada yang lebih lembut.Seolah-olah tidak memusuhi PAS tetapi sebenarnya , itulah kenyataan yangmemecahkan penyokong PAS dan atas pagar . Mereka menimbulkan keraguan kepadaPAS secara halus.

Penyokong PAS dan orang Islam dikampungkah? Tidak ,tapi golongan mahasiwa Islam dan golongan terpelajar. Orangkampung cukup dengan kempen TV3 dan Utusan . Tapi mahasiswa dan golonganterpelajar yang tidak percayakan TV3 dan Utusan menjadi sasarannya.

Penulis pada awalnya tidak menyangka kenyataanini datangnya dari pemimpin NGO jamaah Islam ini. Kenapa? Kerana kenyataan lebihmerujuk kepada ketuanan bangsa bukan ketuanan Islam sama macam kenyataanpemimpin  parti politik bangsa. Samaseperti banner paling besar semasa Himpun ‘HIDUP MELAYU HIDUP ISLAM’

Seperti perjuangan An-Nahdah di Tunisia,PAS sebagai jamaah Islam sudah lama memperjuangkan Islam. PAS sudah lamaditekan, pemimpin dibunuh, ditahan tanpa bicara. Bukan baru perjuangan PAS,justeru setiap tindakan adalah untuk perjuangan Islam jangka panjang.

Mungkin pemimpin ini belum merasa ditekan ,dipenjara . NGO jamaah Islamnya pun selesa berjuang tanpa halangan. Bilabegitu, dirasakan NGO jamaah Islamnya sudah hebat , sudah banyak sokongan,bukan orang kampung tapi terpelajar.

Bila dah rasa hebat , tindakan NGO jamaah Islamnyayang betul. Bila dah rasa hebat,  tindakan PAS sebagai jamaah Islam muladipertikai. Mula menimbulkan keraguan orang Islam terpelajar terhadap PAS.Ingatlah, secara tidak sedar mereka membantu parti politik yang menentang PAS.

Fikirkanlah, PAS adalah jamaah Islam berjuangsudah 60 tahun. Fikirkanlah juga, adakah dengan kenyataan mengelirukan orangIslam terhadap PAS akan membantu kemenangan Islam?. Atau, bila PAS sudah kalah,agenda Islam NGO jamaah Islam akan menjadi lebih lancar. 

Seperti , penulis kias di awal tadi ibarat ‘TehTarik’. Semasa parti politik bangsa ini tidak kuat, memang nampak merekaseolah-olah membela Islam. Tapi, mesti ingat jika parti politik bangsa ini kuatdan PAS kalah. Silap-silap, NGO jamaah Islam ini pun tidak dapat bergerakseperti sekarang. 

Penulis harap NGO jamaah Islam ini takperlulah kelirukan orang Islam terpelajar terhadap PAS. Jangan jadi  ‘Teh Tarik’ seperti politik bangsa. Jadilah ‘ TehTarik Kurang Manis’ , kenapa ? fikirlah sendiri….

Wassalam
Read More >>

Dari Gunung Kathamandu ke Gunung Sinai, dari Margarid kepada Khadija

Januari 2004, seperti hari-hari kemarin sepanjang seminggu ini, Margarid sibuk dengan pekerjaan, menyiapkan diskusi untuk desertasi untuk ijazah masternya, dan menyusun persiapan perjalanan ke Nepal untuk memuaskan keinginan menyenangkan diri sendiri dan ingin merasakan diri sebagai orang asing di negeri orang, kerana sudah dua tahun ini ia tidak bercuti.
Margarid ingin sekali mendengar dialek bahasa-bahasa tradisional orang Nepal, mengamati kebudayaan, memahami agama mereka, kebiasaan makan, gaya rumah dan adat istiadatnya. Sudah lama Margarid tertarik dengan ajaran Budha, dan Nepal menjadi tempat yang sesuai untuk memenuhi rasa keingintahuannya tentang komuniti masyarakat Budha.

Sebulan sebelumnya, Margarid menghadiri upacara keagamaan di sebuah kuil Budha di Lisbon. Itu dilakukannya sebagai persiapan dirinya sendiri kerana ia merancang untuk menetap di Nepal. Margarid ingin menyaksikan sendiri bagaimana umat Budha menunaikan ibadahnya dipimpin terus oleh tokoh spiritual agama Budha, 
Dalai Lama dan jika mungkin, Margarid juga ingin berlajar teknik meditasi--sesuatu yang ia fikir akan bermanfaat semasa mengalami masa-masa sukar, dan Margarid tahu pada suatu masa ia akan mengalaminya.

"Meditasi mungkin boleh membantuku untuk mencari jalan keluar, untuk memberikan pencerahan. Tapi ada rasa takut yang menyerang, kerana aku ada keluarga, ada kawan, dan sebagai psikologi, aku ada tugas dimana aku juga harus bertanggung jawab pada orang lain," kata Margarid.

Ia menentukan tarikh yang tepat dan meninjau harga tiket untuk perjalanan ke Nepal. Margarid merancang untuk naik pesawat ke Delhi, India dan dari Delhi ia akan meneruskan perjalanan dengan bas ke Kathmandu
Pertimbangannya, untuk mejimatkan kos perjalanan sekaligus bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan merupakan pengalaman yang lebih menarik baginya.

"Tapi ternyata semua tiket sudah ditempah, dan tidak ada yang boleh dilakukan selain menunggu," ujar Margarid.

Sebulan penuh menunggu tiket perjalanan membuat Margarid gelisah, seperti ada sesuatu yang memaksa dirinya tapi ia sendiri tidak mengertai sesuatu itu apa. Hari-hari berlalu, situasi pun berubah. Ibu Margarid tiba-tiba membatalkan rancangan perjalanannya ke Mesir dan menawarkan Margarid untuk menggantikannya.

Ketika itu, Margarid hanya menjawab "tidak tahu" apakah ia akan menggantikan perjalanan ibunya ke Mesir. Ia merasa senang ada alternatif lain, tapi Margarid merasa tawaran ibunya tidak penting kerana fikirannya sudah tertaut untuk pergi ke Nepal. 
Hingga suatu ketika, semasa sedang melakukan kegiatan rutinnya, Margarid merasa fikirannya begitu jernih dan memikirkan kemungkinan pergi ke Mesir sahaja, dan bukan ke Nepal.

"Ini ada perjalanan dalam hidupku, ke gurun pasir, menyeberangi Sinai dan mengunjungi Jerusalem," ungkap Margarid yang merasa tiba-tiba darahnya menyirap dari hujung rambut sampai hujung kaki. "Aku akan pergi (ke Mesir)," tekad Margarid akhirnya.

Ia lalu mulai mengikuti pertemuan sebuah kumpulan agama Katolik dan mulai menekuni ajaran agamanya itu. Di masa yang sama, Margarid juga membeli dan mulai membaca Al-Quran untuk mengetahui bagaimana konsep ketuhanan para penganut agama Islam.

Selama ini, kata agama dan kata Tuhan menjadi kosakata yang jauh dalam kehidupan Margarid. Sejak ia remaja dan semasa belajar di Lisbon, Margarid mulai menikmati kesempatan untuk bersenang-senang dengan rakan sebayanya termasuk minum minuman keras.

Bulan Mei 2004,
Margarid akhirnya menginjakkan kakinya di Mesir. Hari itu, bertepatan dengan hari kenaikan Isa Al-Masih, Margarid berada di puncak pegunungan Sinai, menghabiskan waktunya untuk berdoa, membaca Alkitab dan cuba lebih mendekatkan diri pada Tuhannya. 
Margarid merasa bahagia, tapi rasa takut mulai muncul kerana di puncak gunung Sinai itu hanya ada dia seorang dan beberapa orang Arab Badwi.

Dalam kesendiriannya itu, Margarid merasa mendengar sebuah melodi yang dialunkan dengan sangat perlahan dan syahdu. Ia membuka telinga lebar-lebar dan cuba memfokuskan perhatiannya pada suara yang entah darimana datangnya. 
"Ya Tuhan, aku belum pernah melihat atau mendengar suara malaikat? Tapi apakah itu suara malaikat?" Margarid bertanya-tanya dalam hati kerana tidak mampu menentukan suara apa yang didengarnya itu, yang memunculkan rasa damai dan nyaman dalam hatinya.

Setelah dari Sinai, Margarid mengunjungi bandar-bandar di Mesir, dimana ia melihat kaum Muslimin menyempatkan diri solat, walau di jalan, ketika waktu solat telah tiba. Margarid berfikir orang-orang itu sangat rendah hati. "Apakah ajaran agama mereka?" tanya Margarid dalam hati.

Margarid masih terus mengingat pengalamannya semasa di gunung Sinai. Ia merasa Tuhan telah memberikan berkah yang berharga, yang membuatnya merasa kehilangan sesuatu setiap kali memandang ke arah gunung Sinai.

"Saya merasa ada yang hilang, dan tiap kali itu terjadi, membuat saya merasa sedih," ujar Margarid.

Perlu waktu buat Margarid untuk memahami apa yang terjadi. "Sepanjang hidup, saya tidak pernah berlutut di hadapan orang atau bersujud untuk mengungkapkan terima kasih pada seseorang, atau meminta sesuatu pada seseorang," tutur Margarid.

"Tuhan telah memberitahukan saya bahawa Dia-lah satu-satunya yang berhak jika saya harus berlutut," sambungnya.

Apa yang dialaminya di gunung Sinai dan keingintahuannya melihat muslim Mesir yang solat di jalan ketika waktu solat tiba, mendorong Margarid untuk mengenal Islam. Ia meneruskan membaca terjemahan Al-Quran, sehingga ia kembali ke Portugal dan meneruskan aktivitinya sehari-hari.

Bulan Januari 2005,
Margarid kembali mengunjungi Kaherah, Mesir. Kali ini, ia datang dengan perasaan yang berbeza. Pada suatu malam, dari lubuk hatinya yang paling dalam dan dengan suara yang bergetar, Margarid mohon ampun dan meminta agar Tuhan menerima dirinya. 
Itulah saat Margarid berikrar Laa Ilaaha Illallaah wa anna Muhammad Rosulullah . Tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ia lalu menambahkan nama Islam "Khadija" di depan namanya.
Read More >>

Rabu, 16 November 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 
 
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. 
 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. 
 
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." 
 
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. 
 
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
Read More >>

Selasa, 15 November 2011

10 mamalia yang jarang ditemui

1. Hairy Saki


Monyet yang hidup di lembah sungai amazon ini kebanyakan tinggal di atas pokok. Monyet ini juga dikenali sebagai monk saki kerana bulu kepala monyet ini berbentuk seperti topi pendeta (monk's cowl), Hairy Sakis sangat jarang dilihat , di tangkap kerana sifatnya yang panik. Monyet ini cenderung panik dan boleh mati kerana ketakutan ketika ditangkap.

2. Aardwolf 

 


Mamalia afrika yang menyerupai hyena kecil. Namanya Aardwolf yang bererti 'earth wolf' kerana dia tinggal dalam liang tanah.

3. Argali 

 


Kambing liar terbesar (tingginya kurang lebih 120 cm) yang mempunyai tanduk yang besar dan bergulung, berasal dari Asia Tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet. Binatang ini terancam pupus, kerana sering diburu dan digunakan dalam pengubatan cina.

4. Douroucouli

 


Dikenali juga dengan monyet burung hantu kerana  mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada malam hari). Haiwan ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.


5. Soulslik Eropah




Soulslik adalah nama eksotik yang diberikan kepada tupai tanah Eropah dan Asia. Tupai ini tidak kelihatan seperti tupai dan haiwan pengerat pada umumnya, kerana makanannya adalah daging yang amat besar (tentunya dalam ukuran kecil), seperti burung-burung kecil, dan tikus.

6. Fossa 

 


Fossa adalah haiwan terbesar dalam keluarga musang (panjangnya kurang lebih 1.5 m) dan merupakan karnivor terbesar dari jenisnya, Madagaskar. Musang ini mempunyai kulit khusus berwarna coklat-jingga.

7. Lesser Grison

 


Karnivor yang jarang diketahui orang, hidup di Patagonia dan negara-negara Amerika Selatan. Panjangnya 30 cm, dengan bulu hitam dan kelabu. Haiwan ini jarang kelihatan seperti memerang di Peru. Haiwan ini dijinakkan seperti musang, dan dilatih untuk memburu tikus.

8. Moon Rat 

 


Disebut juga sebagai landak berbulu, haiwan yang kelihatan aneh ini berasal dari Asia Tenggara. Bulunya yang berwarna coklat tua atau hitam kontra dengan mukanya yang berwarna putih. Haiwan ini juga mempunyai hidung yang panjang, dengan panjang kira-kira 25 cm. Haiwan ini merupakan insectivora terbesar.

9. North American Cacomistle

 


Berasal dari Amerika Syrikat bahagian Selatan, Cacomistle adalah haiwan kecil dan pemalu, kadang-kadang disebut sebagai tupai kucing atau kucing ekor-cincin kerana ekornya yang panjang dan bergaris membentuk seperti cincin. Cacomstile berasal dari bahasa Nahuatl yang bererti half-cat atau half mountain lion.

10. Pink Fairy Armadillo

 


Ini adalah armadilo peri, mempunyai panjang 120 mm. Haiwan ini hidup di bawah tanah dan jarang kelihatan, dan hampir tidak pernah tertangkap, Haiwan ini hebat dalam melarikan diri, dengan kemampuannya yang boleh menggali ke dalam tanah secara cepat dan bersembunyi dari serangan musuh.praspris
Read More >>