Minggu, 20 Maret 2011

Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5ZxfWpPgzNZ7QciAnYPfoKF-hIWGLABF3c-yZv-Yv5w5Z7GOr0sNQ5E_hdgn8oqpsHi_2AHlg5G4jKEPv1XheFsmCMfZCPtBhWBx23NJ0pOQD5WqNNzqUzP93kM2YUjrESuH0whRivpFu/s1600/menerjang+badai-rasmi2.JPG

Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.
Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.

Sebaliknya, jawapan Ridhwan hanya berkisar mengenai sejarah am pergerakan PAS sahaja.

Justeru wacana tersebut gagal menolak cadangan Dr Mujahid supaya kepemimpinan PAS perlu berubah sekarang selari dengan zaman sekarang tanpa perlu regid pada kepemimpinan ulama mahupun profesional.


“Dia (Ridhwan) tak jawab soal lekuk ketiga (dari buku Menuju PAS Baru), dia dok pusing pasal sejarah saja seolah-Olah PAS tidak ada masalah, tidak ada masalah UG (kerajaan perpaduan).

“Dia (Ridhwan) dok pusing keperluan merujuk pada sumber yang betul seolah-olah sumber sejarah yang relatif itu hanya satu sumber sahaja, iaitu buku dia.

“Biasa lah…buku (yang menjelaskan) ‘konflik organisasi’ PAS nak dijawab dengan ‘sejarah’, beginilah jadinya,” respons wakil penganjur.

Tindakan Ridhwan itu katanya lagi bak mencabar pasukan tertentu bermain bola, tetapi pemain pasukannya itu masuk ke padang bola memakai kasut permainan takraw.

“Orang dok nak main bola tapi dia nak cabar, pastu dok jawab perlunya PAS dipimpin ulama’.

“Bila masuk pasukan (ke padang bola), pakai kasut takraw sebab dia dok kata ulama ‘berkuasa’,” katanya lagi.

Dr Mujahid ketika menjelaskan teori ‘Lekuk Ketiga’ tidak pernah menolak sumbangan ulama terdahulu dalam berdakwah melalui wadah PAS.

Namun katanya, PAS perlu berubah dari konotasi ‘kepemimpinan ulama’ pada ‘kepemimpinan bertaqwa’.

“Dr Mujahid kata: Yang saya sentuh adalah keperluan perubahan berdasarkan ‘teori lekuk’ (iaitu) apabila seseorang sudah sampai ke kemuncaknya (maka) orang itu akan menjunam. Jadi, kita (PAS) kene bersedia untuk mencipta lekuk yang baru’,” ujarnya.

Tidak dapat menjawab persoalan wacana tersebut, Ridhwan dilihat cuba ‘merekrut’ Tuhan pula untuk mempertahan beberapa susuk peribadi Ulama dalam PAS yang belakangan ini kian dipertikai sejak terlontarnya idea Kerajaan Perpaduan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“(Ridhwan berkata) kita merangcang tetapi Allah lah sebagai perancang utama,” ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Ridhwan secara emosional dilihat seakan cuba menafikan unsur konflik nyata berlaku di dalam PAS.

“(Ridhwan) seolah-olah menafikan bahawa di dalam PAS ini banyak konflik…penipu besar kenyataan itu.

“Dia (Ridhwan) kata punca perubahan disebabkan pengaruh, tekanan dan penindasan pihak luar (tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai anggapannya itu),” beliau menambah.

Bagaimanapun Ridhwan dalam sesi soal jawab penonton terus dipertikai.
Bahkan, jawapan Ridhwan ketika itu dilihat seakan bercanggah dengan hujah-hujahnya sendiri sebelum ini.

Dijangka wacana mengenai buku Ridhwan dan Dr Mujahid dijangka akan terus merebak ke negeri-negeri lain sempena meraikan musim pemilihan pucuk pimpinan yang baru dalam Muktamar PAS pada Jun atau Julai depan.n.o.t.a. m.e.r.a.h

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post