Sabtu, 15 Oktober 2011

Tulahan : Balik ke Malaysia untuk 'isteri kedua'

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgontaaSWG-T_OPEqcF1VvL_SNl8MpWT2SZaCQQlUoTgKNE4IjqjPDRPwYutKbbY8pO5M7KUEKu7whawOUxJ_kbkfsiJKzXjx10q80SukgK7b44fAz_-zKTD6bVi3JbCR6-QzXJ_Ol6ggr7/s1600/air-asia-airline.jpg
Sebelum berangkat keluar negara dahulu, penulisharapkan dapat balik ke Malaysia sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk buatkerja jamaah. Syukurlah , setelah setahun di negara orang putih, dah dua kalipenulis pulang ke Malaysia. 

Tak sampai pun 6 bulan tapi  5 bulan sekali. Kenapa bukan 6 bulan? Kerana penulistunggu tiket murah Air Asia. Balik mula – mula dulu, memang murah tapi balikkali kedua tiketnya sekali ganda dari yang dulu walaupun masih murah.

Payah dah nak dapat tiket murah Air Asiasejak Air Asia ada banyak saham dalam MAS. Dah tak wujud lagi persaingan antaradua syarikat penerbangan ini. Memang Tony Fernandes kata masih ada tiket murah,tapi dah tak sama macam dulu.

Balik kali ini, penulis beri tumpuan kepadamengerakkan jentera pilihanraya jamaah kawasan. Tak bergerakkah jentera?Bergerak , malah bagi penulis jentera pilihanraya jamaah kawasan adalah antaraterbaik di Perak malah paling aktif.

Bohonglah kalau sesiapa yang tuduh jenterapilihanraya jamaah kawasan tak bergerak. Penulis tidak bersama mereka yangmengerakkan jentera, tapi penulis tahu mereka buat kerja. Bukan sikit tetapiterlalu banyak aktiviti yang mereka buat untuk menangkan jamaah dalampilihanraya.

Jika ada sesiapa yang tuduh jentera takbergerak, orang  berkenaan sebenarnyamempunyai niat yang tidak elok. Orang ini tak memikirkan perasaan Ajk kawasan,pemuda, muslimat, unit amal dan Nisa’ yang sanggup turun ke cawangan , masukrumah ke rumah, berada tengah panas terik semata-mata nak daftarkan pengundibaru. 

Bukan sekali mereka buat tapi banyak kali.  Itu hanya aktiviti gempur daftar pemilih, takmasuk lagi aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan pengorbanan masa, keluargadan  kewangan. Mereka bukanpun nak dipujitapi hargailah apa yang mereka lakukan , bukan tahu tuduh untuk sedapkan hati.

Seperti biasa kali ini penulis kumpulkanpetugas pilihanraya di cawangan ikut UPU dalam 7 zon.  Penulis ambil masa hanya 30 - 40 minit untuktaklimatkan 5 keperluan terpenting yang jentera di UPU kena lakukan untukhadapi pilihanraya.

Taklimat penulis lebih menekankan motivasikepada petugas di UPU supaya mereka akan bersemangat untuk buat kerjapilihanraya. Bagi penulis , semangat petugas yang masih di paras rendah perludinaikkan dengan memberikan sesuatu input yang positif bukan negatif. Jika negatif,semangat petugas yang rendah akan menjadi semakin lemah.

Syukurlah, dari 49 cawangan dalam kawasan .Hanya 3 cawangan yang tak hantar wakil petugas hadiri taklimat. Selepas talimatzon, sudah ada UPU yang buat mesyuarat untuk tubuh UPU, tubuh semula UPU, kemaskinijentera UPU bagi yang dah tubuh. 

Maksudnya, petugas di UPU sudah adasemangat untuk menghadapi pilihanraya. Hanya beberapa UPU yang perlu diberiperhatian dan bantuan oleh jentera MTD. 


Peluang balik kali ini juga penulis cuba usahaproses baki 11 cawangan yang masih belum hantar penyata mesyuarat agung kependaftar pertubuhan. Cuba selesaikan masalah 3 cawangan yang gagal buatmesyuarat agung . 

Penulis berjaya dapat dari 7 cawanganpenyata mesyuarat agung , diproses dan dihantar ke pendaftar pertubuhan.Berjaya susun semula organisasi 2 cawangan yang tak buat mesyuarat agungmelalui perjumpaan dengan beberapa Ajk cawangan . 

Cuma penulis tidak berkesempatan keranakekurangan masa untuk turun selesaikan masalah organisasi untuk satu lagicawangan yang tak buat mesyuarat agung. Memang penulis berharap kepada PenolongSU untuk selesaikan perkara ini sebelum penulis balik kali pertama dulu. Tapi, penulistahu beliau belum mampu dan perlu buat banyak kerja lain. 

Penulis tak salahkan Penolong SU keranabeliau masih muda dan pengalaman masih kurang. Apa yang penulis buat adalahmembantunya mendapatkan pengalaman selesaikan masalah cawangan.  

Begitu juga apa yang penulis buat untukbantu Su Jentera Pilihanraya jamaah kawasan yang masih baru dan tiadapengalaman.  Apabila masih tiadapengalaman, menjadi tugas sesiapa yang berpengalaman untuk bantu mereka bukan ‘kondem’mereka.

Penulis tak mahu apa yang penulis alamiturut dialami oleh mereka. Semasa penulis yang tiada pengalaman mula pegang SUJentera Pilihanraya dan Bilik Gerakan , ada individu yang berpengalaman sengajaminta Pengarah MTD ‘pekena’ penulis buat taklimat pilihanraya kepada petugasMTD. Sedangkan , individu berkenaan sendiri boleh bagi taklimat berkenaan, takperlu ‘pekena’ penulis.

Banyak perkara yang penulis tunjuk ajarkepada mereka yang baru, bukan nak tunjuk pandai tapi nak bantu mereka. Merekaperlu dibimbing dengan pengalaman yang kita ada supaya ilmu mengerakkan jenteraini berterusan untuk kepentingan jamaah. 

Penulis memang kecewa kerana gagal untukhidupkan semula organisasi satu cawangan . Masa 3 minggu memang tak mampu bagipenulis. Tapi, penulis lebih kecewa apabila melihat ada Ajk kawasan yangbersungguh ambil masa untuk selesaikan masalah cawangan bermasalah hanya keranaseorang individu bermasalah .

Sedangkan , semua tahu individu berkenaantidak selesai menimbulkan masalah kerana sudah diketahui sejarahnya. Jika , ajkkawasan sanggup turun ke cawangan disebabkan individu bermasalah ini , kenapatidak kepada cawangan lain yang ada masalah wujudkan organisasi.

Bertindak adillah kepada 48 cawangan lain.Meraikan cawangan adalah membantu cawangan supaya tersusun organisasinya, aktifaktivitinya. Meraikan  cawangan bukanlahmerai individu bermasalah dalam cawangan.


Penulis dapat hadir mesyurat LujnahKebajikan, lujnah yang penting dalam gerakan kebajikan jamaah kawasan. Alhamdulillah, bila penyata dibentangkan dana lujnah sentiasa bertambah setiapbulan. Melalui berita kebajikan yang keluar dalam akhbar harian, blog,web dan facebookjamaah kawasan. Ramai yang menderma dan memberi infaq kepada lajnah.

Inilah berkah kerana ketelusan dan bantuanberterusan lajnah kepada orang yang layak menerima bantuan. Allah telahmengerakkan hati-hati manusia untuk menyumbang melalui lajnah. Cuma ada masalahBendahari yang baru dilantik jatuh sakit. Terpaksalah Pengerusi lajnah ambiltugas Bendahari untuk sementara. 

Penulis amat berharap dana kebajikan initerus dikeluarkan kepada yang berhak menerimanya. Jangan disekat kerana takutberkurangan kerana dana akan terus bertambah seiring sumbangan yang dikeluarkanuntuk aktiviti kebajikan dan orang yang berhak menerimanya.

Dalam keadaan masa terhad , penulis ambilsikit masa sebelum balik berjumpa dengan orang Cina , nak tahu sendiri dari mulutmereka tentang khidmat wakil rakyat. Penulis tak mahu dengar dari mulut Ajkkawasan yang rapat dengan orang Cina sahaja. 

Bila dengar sendiri, penulis bagi tahukepada jamaah kawasan apa yang penulis dengar dan apa kesimpulan penulistentang pandangan orang Cina kepada wakil rakyat.  

Memang tak semua yang penulis dapat tolong,sekurang-kurangnya dengan sedikit kerja ini mampu membantu kawan-kawan lainmengerakkan jamaah. 

3 minggu di Malaysia, blog, web dan facebook jamaah tak mampu penulis update sekerap di luar negara . Hanya jika ada masa pergi kedai CC yang laju internetnya untuk update, tak apalah untuk sementara sahaja.

Bila balik semula ke negara orang putih , lain pulaceritanya. Bila dah kerap balik Malaysia , lama pula tu maka ada yang tak fahamtentang jamaah buat ‘gosip’ penulis balik untuk isteri kedua. Sebab apa bolehjadi ‘gosip’ itu ? kerana sebelum ini memang ada yang kerap balik ke Malaysiasebab ada isteri kedua.

Penulis tak kisah sangat sebab semasapenulis balik 2 minggu sekali dari Pahang pun , ‘gosip’ yang sama timbul. Biarlah mereka nak buat 'gosip' kerana mereka tidak tahu bahawa 'isteri kedua' penulis adalah jamaah. 

Bukan salah mereka kerana mereka tidak faham tentang perjuangan Islam, tentang pengorbanan untuk jamaah,tentang tuntutan berjihad.  

Bukan sahaja mereka yang tak tahu tentangperjuangan, yang duduk dalam jamaah pun ramai yang tarbiyahnya tak sampai kesitu. Bagi mereka tak boleh diterima akal , balik buang duit semata-mata nakbuat kerja jamaah. Sebab itu, ada yang buat tuduhan yang tidak patut . 

Jika nak ikut apa orang kata, tak jadikerja kerana mulut manusia tak boleh ditutup. Yang penting tarbiyah kepada ahlijamaah wajib dilaksanakan untuk tingkatkan kefahaman berjamaah. 

Penulis bangga sebab jamaah kawasansatu-satunya di Perak yang berjaya mengendalikan kursus Diploma ILHAM yang taklama lagi akan tamat pengajiannya selama 2 tahun. 

Ramai yang akan terimaDiploma ILHAM di Parit Buntar, maka ramailah yang faham perjuangan yang mampu bantulajnah tarbiyah dan lajnah lain mengerakkan jamaah.

Kemasukan baru peserta kursus diploma inisedang dibuka. Ramainya, terhad kepada 40 peserta. Harap lebih ramai yang akanmengambilnya. Yang belum faham perjuangan tapi dah lama berjuang , ambillahdiploma ini kerana banyak memberi  kefahaman tentang perjuangan. Selamat Berjuang……….

Wassalam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post