Kamis, 16 Juni 2011

10 penulis terkenal Yunani

10. Homer (8 SM)

http://hermawayne.blogspot.com
Homer terkenal dengan dua puisi epik Iliad dan Odyssey. Iliad umumnya dianggap sebagai karya sastera tertua dari dunia Barat. Malah orang-orang Yunani sendiri mengakui pengaruh Homer dan tidak menganggap diri mereka berpendidikan kecuali jika mereka telah membaca karya-karyanya.

Masalah yang diperdebatkan adalah, apakah Homer memang pernah hidup atau tidak. Sama sekali tidak ada yang diketahui tentang dirinya ataupun kehidupannya, dan beberapa ahli percaya bahawa Iliad dan Odyssey merupakan karya beberapa penulis bukan hanya seorang.

Tidak peduli siapa yang menulis kedua-dua karya besar tersebut, baik Illiad maupun Odyssey mempunyai pengaruh besar pada dunia sastera. Hakikatnya, Shakespeare mengasaskan salah satu karyanya dari kisah Iliad.

9. Sophocles (496-406 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Sophocles adalah seorang penulis cerita sedih yang telah menulis 123 karya sepanjang hidupnya. Hanya tujuh karyanya yang masih bertahan hingga sekarang , termasuk karya klasik seperti Antigone, Oedipus Sang Raja dan Electra.

Ia mengembangkan seni teater dengan menambahkan aktor ketiga, mengurangi pentingnya paduan suara, dan memperkenalkan scenography. Sophocles juga menghapuskan bentuk trilogi karya tragedi tradisional dan membuat setiap pementasan menjadi lengkap, ini menambah nilai dramatik dalam pementasan.

8. Herodotus (484-425 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Herodotus dianggap sebagai bapa sejarah dunia Barat. Dia mengkaji sejarah sebagai ilmu dengan mengumpulkan faktanya secara sistematik dan melakukan pengujian akurasinya.

Herodotus juga seorang narator berbakat. Maksud sejarah sendiri berasal dari buku Herodotus “The Histories”, yang bererti "penyelidikan" dalam bahasa Yunani. Buku ini juga dianggap karya pertama sejarah dalam sastera Barat.

7. Euripides (480-406 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Euripides adalah seorang lagi penulis cerita sedih dari Yunani. Dia menulis kira-kira 95 drama, 18 masih bertahan sepenuhnya dan banyak lagi bakinya hanya sebagai fragmen-fragmen. Karya yang paling dikenal adalah Alcestis, Medea dan The Bacchus.

Karyanya sangat moden pada masanya, di mana watak menggambarkan karakter yang sangat realistik dan termasuk peranan wanita yang bertambah dan seorang budak yang bijaksana (sesuatu yang sangat tidak konvensional pada masa itu). Euripides adalah penulis lakonan sedih Yunani yang mempunyai pengaruh terbesar pada lakonan tragedi Eropah.

6. Hippocrates (460-370 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Hippocrates adalah seorang doktor dan bapa kedoktoran. Corpus Hippocrates merupakan kumpulan 70 karya pada topik perubatan yang berbeza. Sebahagian besar karya itu merupakan hasil dari kajiannya. Karyanya yang paling terkenal adalah Sumpah Hippocrates yang mengandungi etika kedoktoran. Ilmu dari buku ini masih diguna pakai oleh para doktor pada masa ini.

Hippocrates juga telah membuat kontribusi terus dalam dunia perubatan kerana beliau adalah orang pertama yang menjelaskan sejumlah penyakit. Apakah Hippocrates adalah penulis sebenarnya Corpus Hippocrates masih diperdebatkan, dan nampaknya sebahagian besar para ilmuan setuju bahawa sekurang-kurangnya sebahagian dari buku itu ditulis juga oleh murid dan pengikutnya.

5. Aristophanes (446-386 SM)
http://aneh-aneh.maribisnishosting.co.cc/wp-content/plugins/rss-poster/cache/03f90_Aristophanes.jpg

Aristophanes adalah seorang penulis drama yang menulis komedi. Dia menulis 40 drama, 11 masih bertahan dalam bentuk manuskrip lengkap dan beberapa yang lain selamat dalam beberapa fragmen.

Pena Aristophanes ditakuti kerana ia mengkritik orang Athen yang terkenal. Karya-karyanya tidak hanya mempunyai pengaruh artistik pada seni teater , tetapi juga merupakan dokumen sejarah tentang kehidupan di Athen.

4. Plato (424-348 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Plato adalah murid Socrates. Apabila Socrates tidak menulis sendiri dan karya apapun, falsafahnya dikenali melalui karya-karya Plato. Plato sangat dipengaruhi oleh pemikiran Socrates.

35 dialog dan 13 surat dianggap merupakan karya Plato, yang paling terkenal adalah “Republik” dan “Simposium”. Plato dianggap sebagai salah seorang bapa falsafah dunia Barat, dan Teori Bentuk dan gagasan negara adalah ideanya, yang mana keduanya diwujudkan dalam “Republik” dan masih dibahas hingga hari ini.

3. Aristotle (384-322 SM)http://hermawayne.blogspot.com

Aristoteles adalah murid Plato dan juga orang pertama yang mengkritiknya. 47 dari karya-karyanya masih bertahan. Aristotle adalah yang terakhir dari para ahli falsafah terkenal Yunani (dua yang lainnya adalah Socrates dan Plato) dan dianggap juga sebagai ahli biologi pertama.

Ia mencipta logik sebagai ilmu, meletakkan asas-sasa kaedah ilmiah dan menulis beberapa ilmu pengetahuan lain. Aristotle juga merupakan guru Alexander Agung selama beberapa waktu. Aristotle mempunyai pengaruh besar pada diri St. Thomas Aquinas, dan kesannya mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan Katolik dan teologi pada masa ini.

2. Euclid (sekitar 300 SM)
http://media.onsugar.com/files/2011/03/13/4/1536/15360596/2d/450px-Euripides_Pio-Clementino_Inv302.jpg

Euclid adalah seorang ahli matematik dan bapa geometri. Sangat sedikit yang diketahui tentang hidupnya, tetapi ia aktif di Perpustakaan Alexandria. Karya utamanya adalah “The Elements” yang masih digunakan sebagai buku teks matematik . Buku ini mencakupi sistem bukti matematik yang tetap menjadi asas dari matematik pada masa ini.

1. Archimedes (287-212 SM)http://hermawayne.blogspot.com
Archimedes adalah seorang pakar matematik, jurutera, pengkaji, ahli fizik dan ahli astronomi. Beliau dikenali melalui penemuannya “The Archimedes Screw”, iaitu satu mekanisme untuk memindahkan air yang masih diterapkan sehingga sekarang. Dia juga mengira nilai pi dengan sangat tepat.

Archimedes menemui cara menentukan volum benda yang tidak teratur dengan merendam dalam air. Menurut legenda, penemuan ini membuatnya gembira hingga berlari telanjang di jalan (ia begitu gembira bahawa ia lupa untuk berpakaian selepas mandi) dan berseru, "Eureka!, Aku telah menemukannya." unikkeren

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post