Minggu, 17 Juli 2011

6 sarang binatang yang menakjubkan

Sejak dahulu manusia berlumba-lumba membina bangunan yang megah yang memiliki nilai seni bina yang tinggi. Tidak mahu kalah dengan manusia, binatang pun mempunya nilaiseni bina yang tinggi dalam membina sarangnya, malah keindahannya sering tidak dapat kita bayangkan bagaimana cara binatang ini membinanya.

Berikut ini adalah senarai sarang binatang yang indah dan menakjubkan. Antaranya sarang burung, semut, anai-anai, katak, memerang, dan katak dan sebagainya. Sarang-sarang ini dibina dengan “tangan” mereka sendiri, tanpa bantuan arkitek mahupun kontraktor.

1. Sarang Burung Penenun

Burung penenun membina sarang kekal pada pokok dan objek lainnya yang tinggi. Sarang ini akan cukup besar untuk rumah puluhan keluarga burung, berisi beberapa generasi sekaligus.

Sarang yang sangat terstruktur memberikan burung rasa yang lebih nyaman dibanding keadaan di luar. Pusat bilik tetap panas dan digunakan untuk malam hari dan mengeram telur. Luar ruangan yang digunakan untuk berteduh di siang hari.

sarang burung penenun 1
sarang burung penenun 2

2. Sarang Semut

Komplek sarang semut dibina oleh banyak anggota koloni. Sarang semut dibina di bawah tanah atau di atas pokok. Sarang semut ini dapat ditemui di dalam tanah, di bawah batu atau kayu dan di dalam batu berongga. 

Bahan yang digunakan untuk pembinaa adalah tanah dan tanaman.Sarang semut selalu dikawal ketat dari penganggu.

sarang semut

3. Sarang Memerang

Sarang empangan memerang dibuat sebagai perlindungan terhadap pemangsa, seperti Koyot, serigala dan beruang, dan untuk memberikan kemudahan menyimpan makanan sepanjang musim sejuk. 



Memerang selalu bekerja di malam hari dan produktif membina, membawa lumpur dan batu dengan bahagian depan dipagar dengan kayu yang dipotong dengan gigi.

Oleh sebab itu, menghancurkan sebuah sarang empangan memerang tanpa mengeluarkan memerang adalah sukar, terutama jika empangan hilir adalah sebuah penginapan aktif. Memerang dapat membina dasar seperti empangan dalam masa satu malam.

sarang berang berang

4. Sarang Lebah Madu

Lebah madu adalah salah satu spesies dari lebah yang membina sarangnya dari lilin yang berasal dari nektar bunga yang lalu diproses menjadi lilin oleh tubuh lebah sendiri. Sarang lebah sendiri selalu memberikan banyak manfaat bagi kehidupan manusia.

sarang lebah madu

5. Sarang Anai-Anao

Anai-anai pekerja membina dan mempertahankan sarang koloni seperti rumah. Ini adalah struktur rumit yang dibuat dengan menggunakan kombinasi dari tanah, lumpur, kayu yang dikunyah/selulosa, dan air liur.

Sarang anai-anai terdiri dari terowong seperti galeri yang efektif memberikan udara dan mengawal keseimbangan CO2/O2, serta membolehkan untuk memindahkan anai-anai melalui sarang.

Sarang biasanya dibina di bawah tanah, dalam potongan-potongan kayu besar, pokok-pokok tumbang di dalam atau tinggal di puncak pokok. Beberapa spesies membina di atas tanah, dan dapat berkembang menjadi busut yang menakjubkan.

sarang rayap

6. Katak Pokok

Seperti namanya, katak ini biasanya ditemuidi sangat tinggi atau pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tinggi. Katak ini biasanya tidak turun ke tanah, ketika bertelur katak pokok membina busa pada daun dan sepanjang hidup hingga dewasa jarang sekali meninggalkan pokok.

sarang katak pohon 
woamu.mangaku

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post